Thursday 23 July 2015

Syawal 1436H

Bismillah.

07 Syawal 1436H

Assalamu'alaikum wbt dan salam ukhuwah.

Alhamdulillah, hari ini merupakan lebaran ketujuh bagi umat Islam. Syukur pada Allah kerana telah memberikan kita kesempatan untuk menyambut Ramadan dan meraikan Syawal bersama keluarga tercinta. Walaupun pada tahun ini tidak dapat berpuasa dan beraya lama-lama dengan keluarga disebabkan perlu menjalani latihan industri di Kuala Lumpur, tetapi alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan untuk berada di sisi mereka pada 1 Syawal hinggalah 4 Syawal. Allah itu Maha Baik bukan? Tidak pernah menghampakan hamba-Nya walaupun segunung dosa yang kita lakukan. 

Sebenarnya Syawal tahun ini telah membuatkan diri ini terfikir. Bagaimana keadaannya bila kita sudah mempunyai pekerjaan yang tetap. Perlu berjauhan dengan mama dan papa. Perlu belajar hidup berdikari di tempat yang sangat asing dengan persekitarannya, dengan orang-orang di sekeliling kita yang mempunyai pelbagai ragam dan sikap mereka sendiri. Kadang kala rasa takut jika bersendiri untuk menempuhi hidup ini. 

Jauh di sudut hati, ingin sekali lihat mama dan papa bangga melihat kejayaan yang dicapai dalam hidup ini. Ingin sekali membalas segala jasa dan pengorbanan mereka. Ingin sekali melihat mereka tersenyum saat melihat kejayaan yang dicapai dalam hidup ini. Sungguh, selain menuntut ilmu kerana Allah, saya lakukan semua ini demi melihat mama dan papa bangga punya anak yang dapat membahagiakan mereka. Saya selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata mereka. Membanggakan mereka dengan cara saya sendiri. Saya selalu bisik pada hati, moga saya diberikan kesempatan untuk membahagiakan mereka sebelum mereka meninggalkan saya selamanya. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat mereka di hati saya selamanya. 

Okeylah. Tak nak sedih-sedih pagi-pagi macam ni. Saya kepilkan beberapa keping gambar raya supaya kekal menjadi kenangan di ruangan ini. Insyaa Allah. 

Akhir kata, selamat hari raya maaf zahir dan batin. Minal aidil wal faizin. Maafkan salah dan silap saya sepanjang perkenalan kita. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan barakah-Nya. Allahumma Amin. :)


Dalam kereta nak ke rumah nenek


Sepupu sebelah papa

Sepupu sebelah mama

Mama saya yang cantik

Beraya di rumah Nek Nah

Beraya di rumah Nek Nah

Sepupu saya alya maisara

Adik-adik saya yang kacak :P

Sepupu kecil ^_^

Yang berbaju hitam sebelah kiri tu nenek saya. :D

Keluargaku syurgaku :D


Salam lebaran,
Qusyaimah Rosman

Monday 13 July 2015

Pengalaman Menjalani Latihan Industri

Bismillah.

26 Ramadan 1436H.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk minggu ketiga saya menjalani latihan industri di Filmscape Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat filem milik Tuan Kabir Bhatia. Masa dirasakan begitu pantas berlalu hingga tidak sedar bahawa masa saya untuk menghabiskan latihan industri ini hanya berbaki 3 minggu sahaja lagi.

Sepanjang  3 minggu di sini, pelbagai pengalaman baharu telah saya tempuhi. Pelbagai ilmu baharu juga dapat saya gali. Saya telah melalui daripada proses penghasilan konsep, penapisan konsep serta memperbaharui idea konsep berdasarkan idea yang telah sedia ada dihasilkan oleh penulis skrip yang berpengalaman. Bukan itu sahaja, saya juga turut diberikan tugasan untuk menghasilkan konsep untuk siaran iflix iaitu satu saluran TV online yang memaparkan cerita-cerita di luar kehendak media massa. Satu konsep yang saya hasilkan berkaitan penderaan kanak-kanak juga alhamdulillah, sudah diterima dan menarik minat creative producer. Beliau meminta saya untuk membuat satu propsal lengkap supaya dapat dihantar ke saluran TV Astro.

Selain itu, bekerja di bahagian industri ini sememangnya menuntut kita untuk berkenalan dengan lebih ramai pelakon. Saya telah ditugaskan untuk membuat profil artis bagi drama yang akan ditayangkan pada September nanti iaitu, Maria Terindah dan Stella. Setiap inci pengalaman ini begitu bermakna pada saya kerana bagi saya bukan mudah untuk merasai sendiri bekerja dalam dunia industri yang melibatkan pelbagai ragam dan kerenah manusia yang perlu kita hadapi.

Alhamdulillah, moga Allah permudahkan saya menjalani latihan industri ini. Moga ilmu yang diperoleh dapat dijadikan bekalan sebagai menempuhi kehidupan pada masa hadapan. Sesungguhnya, setiap ilmu yang kita peroleh itu merupakan ilmu yang sangat bernilai.


Pengalaman sebagai seorang pelajar praktikal. Hehe ^_^

Bersama sebahagian editor :)

Tuan Kabir Bhatia duduk di sebelah editor yang berbaju hijau. :)

Keluarga besar Filmscape :D

Sampai di sini sahaja dahulu perkongsian pada hari ini. Heeee.


Salam sayang,
Qusyaimah Rosman.