Bismillah.
26 Ramadan 1436H.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk minggu ketiga saya menjalani latihan industri di Filmscape Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat filem milik Tuan Kabir Bhatia. Masa dirasakan begitu pantas berlalu hingga tidak sedar bahawa masa saya untuk menghabiskan latihan industri ini hanya berbaki 3 minggu sahaja lagi.
Sepanjang 3 minggu di sini, pelbagai pengalaman baharu telah saya tempuhi. Pelbagai ilmu baharu juga dapat saya gali. Saya telah melalui daripada proses penghasilan konsep, penapisan konsep serta memperbaharui idea konsep berdasarkan idea yang telah sedia ada dihasilkan oleh penulis skrip yang berpengalaman. Bukan itu sahaja, saya juga turut diberikan tugasan untuk menghasilkan konsep untuk siaran iflix iaitu satu saluran TV online yang memaparkan cerita-cerita di luar kehendak media massa. Satu konsep yang saya hasilkan berkaitan penderaan kanak-kanak juga alhamdulillah, sudah diterima dan menarik minat creative producer. Beliau meminta saya untuk membuat satu propsal lengkap supaya dapat dihantar ke saluran TV Astro.
Selain itu, bekerja di bahagian industri ini sememangnya menuntut kita untuk berkenalan dengan lebih ramai pelakon. Saya telah ditugaskan untuk membuat profil artis bagi drama yang akan ditayangkan pada September nanti iaitu, Maria Terindah dan Stella. Setiap inci pengalaman ini begitu bermakna pada saya kerana bagi saya bukan mudah untuk merasai sendiri bekerja dalam dunia industri yang melibatkan pelbagai ragam dan kerenah manusia yang perlu kita hadapi.
Alhamdulillah, moga Allah permudahkan saya menjalani latihan industri ini. Moga ilmu yang diperoleh dapat dijadikan bekalan sebagai menempuhi kehidupan pada masa hadapan. Sesungguhnya, setiap ilmu yang kita peroleh itu merupakan ilmu yang sangat bernilai.
|
Pengalaman sebagai seorang pelajar praktikal. Hehe ^_^ |
|
Bersama sebahagian editor :) |
|
Tuan Kabir Bhatia duduk di sebelah editor yang berbaju hijau. :) |
|
Keluarga besar Filmscape :D |
Sampai di sini sahaja dahulu perkongsian pada hari ini. Heeee.
Salam sayang,
Qusyaimah Rosman.