Bismillah.
07 Syawal 1436H
Assalamu'alaikum wbt dan salam ukhuwah.
Alhamdulillah, hari ini merupakan lebaran ketujuh bagi umat Islam. Syukur pada Allah kerana telah memberikan kita kesempatan untuk menyambut Ramadan dan meraikan Syawal bersama keluarga tercinta. Walaupun pada tahun ini tidak dapat berpuasa dan beraya lama-lama dengan keluarga disebabkan perlu menjalani latihan industri di Kuala Lumpur, tetapi alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan untuk berada di sisi mereka pada 1 Syawal hinggalah 4 Syawal. Allah itu Maha Baik bukan? Tidak pernah menghampakan hamba-Nya walaupun segunung dosa yang kita lakukan.
Sebenarnya Syawal tahun ini telah membuatkan diri ini terfikir. Bagaimana keadaannya bila kita sudah mempunyai pekerjaan yang tetap. Perlu berjauhan dengan mama dan papa. Perlu belajar hidup berdikari di tempat yang sangat asing dengan persekitarannya, dengan orang-orang di sekeliling kita yang mempunyai pelbagai ragam dan sikap mereka sendiri. Kadang kala rasa takut jika bersendiri untuk menempuhi hidup ini.
Jauh di sudut hati, ingin sekali lihat mama dan papa bangga melihat kejayaan yang dicapai dalam hidup ini. Ingin sekali membalas segala jasa dan pengorbanan mereka. Ingin sekali melihat mereka tersenyum saat melihat kejayaan yang dicapai dalam hidup ini. Sungguh, selain menuntut ilmu kerana Allah, saya lakukan semua ini demi melihat mama dan papa bangga punya anak yang dapat membahagiakan mereka. Saya selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata mereka. Membanggakan mereka dengan cara saya sendiri. Saya selalu bisik pada hati, moga saya diberikan kesempatan untuk membahagiakan mereka sebelum mereka meninggalkan saya selamanya. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat mereka di hati saya selamanya.
Okeylah. Tak nak sedih-sedih pagi-pagi macam ni. Saya kepilkan beberapa keping gambar raya supaya kekal menjadi kenangan di ruangan ini. Insyaa Allah.
Akhir kata, selamat hari raya maaf zahir dan batin. Minal aidil wal faizin. Maafkan salah dan silap saya sepanjang perkenalan kita. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan barakah-Nya. Allahumma Amin. :)
|
Dalam kereta nak ke rumah nenek |
|
Sepupu sebelah papa |
|
Sepupu sebelah mama |
|
Mama saya yang cantik |
|
Beraya di rumah Nek Nah |
|
Beraya di rumah Nek Nah |
|
Sepupu saya alya maisara |
|
Adik-adik saya yang kacak :P |
|
Sepupu kecil ^_^ |
|
Yang berbaju hitam sebelah kiri tu nenek saya. :D |
|
Keluargaku syurgaku :D |
Salam lebaran,
Qusyaimah Rosman
No comments:
Post a Comment