Friday, 17 January 2014

Sahabat syurga.

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam mahabbah.

     Dalam hati yang berbalut rindu, fikiranku melayang jauh. Terbang ringan menyelami memori lalu bersama dia. Benar, walaupun perkenalan ini masih harum seharum bunga mawar yang segar dilitupi embun pagi, namun akarnya ibarat sudah dibajai bermusim lamanya. Indah sungguh yang dinamakan persahabatan. Persahabatan yang disandarkan hanya pada Allah semata-mata.

     Mindaku menerawang menerobos kegelapan malam yang disinari bintang dan bulan. Indah sungguh ciptaan-Nya. Tidak pernah walau sekali Dia meninggalkan kita dalam kegelapan meski kita merasakan hidup ini amat gelap dan payah sekali. Ya Rabb perkenalanku dengan dirinya banyak menyedarkanku erti keikhlasan. Dalam hati yang rapuh, dia banyak menyedarkanku erti kekuatan. Mungkinkah dia 'bidadari' dunia yang Kau titipkan buatku bagi meneruskan perjuangan di bumi-Mu sebagai khalifah yang telah Kau amanahkan untuk mentadbir sekalian alam? Sungguh, aku tidak bisa mentadbir sekalian alam ini seperti hebatnya kekasih-Mu pernah menjadi pemakmur di muka bumi ini ya Rabb.

     Keikhlasannya membuatkan aku sentiasa merenung diriku. Kekuatannya selalu membuat aku menitiskan air jernih yang sering kali menjadikan aku setabah dirinya. Kebaikannya sentiasa disimpan di dasar hati yang paling dalam. Ya Rabb, betapa ramai insan-insan kesepian yang dipinggirkan telah berjaya diberi sinar semula dengan kehadirannya. Betapa dia kasih pada mereka yang memerlukan hatta haiwan kesayangan Rasul-Mu ya Rabb. Aku kagum dengan dirinya yang sangat mulia pada pandanganku. Bisakah aku menjadi seikhlas dirinya? Bisakah aku menjadi kuat dan setabah dia?

     Ya Rabb, dengan berbekalkan memori indah bersama dirinya seorang insan yang luar biasa hebatnya yang telah Kau titipkan buatku menjadikan aku semakin kuat pada hari ini. Aku jadi berani untuk melangkah meski halangan menimpa. Aku semakin kuat saat ujian dari-Mu menguji kekuatan imanku. Ya Rabb, peliharalah dia Nor Atikah binti Abdul Rahman sahabatku yang kusayang. Lindungilah dia di bawah lembayung rahmat-Mu. Titipkan kebahagiannya dunia akhirat atas kebahagiaan yang telah dicurahkannya pada sahabat-sahabatnya. Berkatilah perhubungan ini ya Rabb. Andai ada secalit rasa yang bisa mengundang kemurkaan-Mu dan bisa menghancurkan persahabatan ini, segerakanlah ia pergi dari hati kami Ya Allah. Sesungguhnya hati ini milikmu. :'(




** Eika, maaf andai terlalu banyak kekurangan pada diri ini yang mungkin telah melukakan hati kecilmu. Terima kasih sudi menjadi sahabat saya. Wallahi, saya sayang akan persahabatan ini. Andai suatu masa nanti kita terpisah, cukuplah dengan sepotong doa yang kita titipkan dalam setiap sujud tika menghadap-Nya. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. :')


Sahabat kawan seiman
satu jalan dalam kenangan
tak pernah lepas dari ingatan
kerana Allah jadi tujuan.


Sahabatmu,
Qusyaimah Rosman.

Thursday, 16 January 2014

Terima kasih papa ^___^

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam mahabbah.

     Actually, nothing important to update on this entry. I just wanna to share how happy am I when papa give me my dreams watch. Hehe. Thanks a lot papa. As my birthday just around the corner **padahal bulan Feb nanti, and I would not be here :( as I need to go to Annual Camp, papa had give me the very cutie watch as I wishes. Hehe ^_^ Thanks a lot papa.

     Hmm..papa is never make his children feel dissappointed in whatever condition. Insyaa Allah papa, I will do my best for my future as you wish. Only Allah may pay back all your good deeds in the world and ever after. I love you too much. :')




Love,
Qusyaimah Rosman.

Monday, 13 January 2014

Salam Maulidurrasul 1435H.

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam Maulidurrasul 1435H.

Mari kita sama-sama menyingkap kembali betapa indahnya peribadi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sepanjang kehidupan baginda. Indahnya akhlak beliau tidak dapat kita tandingi. Terlalu besar perbezaannya antara akhlak baginda dengan kita sebagai umatnya pada hari ini. Allah, malu rasanya saat ingin bertatapan dengan baginda dalam keadaan kita seperti hari ini. :'(

BAGINDA Rasulullah s.a.w akan menampal sendiri pakaiannya yang koyak tanpa perlu menyuruh isterinya, malah Baginda juga memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk di jual.

Setiap kali Baginda balik ke rumah dan dilihatnya tiada makanan yang siap untuk dimakan, Baginda tersenyum sambil menyinsing lengan baju bagi membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah pernahmenceritakan bahawa baginda selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, Baginda akan cepat-cepat berangkat ke masjid dan segera pulang selepas bersembahyang.

Pernah pada suatu pagi Baginda pulang ke rumah dengar lapar sekali. Tetapi dilihatnya tiada makanan untuk dibuat sarapan. Makanan yang mentah pun belum ada kerana Sayidatina Aisyah belum lagi ke pasar.

Lalu Baginda bertanya “belum ada sarapan Ya Humaira?”. Humaira adalah panggilan manja untuk Sayidatina Aisyah yang bermaksud wahai yang kemerah-merahan. Sayidatina Aisyah menjawab dengan serba salah “belum ada apa-apa Ya Rasulullah”.

Mendengar jawapan Sayidatina Aisyah, Baginda pun berkata “jika begitu aku berpuasa hari ini” tanpa sedikitpun tergambar perasaan kesal di wajah Baginda.

Sebaliknya Baginda sangat marah sekiranya melihat seorang suami mengasari isterinya. Pernah diceritakan pada suatu hari Baginda melihat seorang suami memukul isterinya. Baginda lalu bertanya “mengapa engkau memukul isterimu?”.

Soalan itu di jawab oleh si suami dengan gementar “isteriku seorang yang keras kepala, walaupun telah di berikan nasihat tetapi dia masih berdegil, jadi aku pukul dia”. Sahut Baginda “Aku tidak bertanya alasanmu tetapi menanyakan kenapa engkau sanggup memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu”.

Pernah Baginda bersabda “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya”.

Sebenarnya sikap Baginda yang prihatin, sabar dan tawadhuk di dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pernah pada suatu ketika, Baginda mengimamkan solat, dilihat oleh para sahabat pergerakan Baginda dari satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Malah mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-seolah bunyi sendi Baginda Rasulullah sedang bergesel di antara satu sama lain.

Setelah selesai sembahyang, Sayidina Umar yang tidak tahan melihat Baginda lalu bertanya “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan hamba sedang menanggung penderitaan yang amat berat, adakah tuan hamba sedang sakit?”.

Lalu baginda menjawab “tidak Umar, Alhamdulillah aku sihat dan segar”. Umar yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut terus bertanya “kalau tuan hamba sihat, kenapa setiap kali menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi tuan hamba sedang bergeselan”.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terperanjat. Perut Baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang mengandungi batu-batu kerikil bagi menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menerbitkan bunyi setiap kali Baginda menggerakkan tubuhnya.

Para sahabat yang tadinya terperanjat terus bertanya “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba fikir bila menyatakan lapar dan tiada makanan, maka kami tidak akan membawanya”.

Lalu baginda menjawab dengan lembut “tidak para sahabatku, aku tahu apapun akan kamu korbankan dengan seorang Rasulmu, tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti kerana aku sebagai seorang pemimpin menjadi beban kepada umatnya”.

Baginda menambah “biarlah kelaparan ini menjadi hadiah Allah buatku agar umatku kelak tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak”.

Sebab itulah Baginda tidak pernah merasa malu walaupun makan di sebelah seorang tua yang miskin, kotor dan dipenuhi dengan kudis.

Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri baginda menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah langsung tidak dijadikan alasan untuk merasa lebih daripada orang lain di depan orang ramai mahupun ketika bersendirian.

Walaupun pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda tetapi Baginda masih lagi berdiri di malam-malam sepi untuk terus beribadah kepada Allah. Pernah Baginda terjatuh kerana kaki-kakinya bengkak oleh sebab terlalu lama berdiri. Fizikalnya sudah tidak mampu lagi menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Apabila ditanya oleh Sayidatina Aisyah “Ya Rasulullah, bukankah tuan hamba telah di jamin syurga. Mengapa tuan hamba masih bersusah payah sebegini?”.

Baginda menjawab dengan tenang “Ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba. Sesungguhnya aku ingin menjadi seorang hambaNya yang bersyukur”.

Allahu Allah, lihatlah betapa indahnya peribadi dan akhlak beliau. Sesungguhnya kami malu padamu ya Rasulullah. Telah banyak yang telah kami tinggalkan apatah lagi mengikuti setiap jejak langkahmu yang terlalu tertib dalam setiap rukun kehidupanmu. Kami malu ya Rasulullah. :'( 

Ya Allah, peliharalah hati dan akhlak kami agar kami dapat mengikuti setiap peribadi kekasih-Mu ya Allah. Kami dahaga cinta dan kasih-Mu ya Allah. Kami memerlukan-Mu dalam setiap nafas kami ya Allah. Lindungilah kami ya Allah. Sesungguhnya hati ini milik-Mu. Jasad ini milik-Mu. Jadikanlah kami hambamu yang bersyukur atas setiap nikmat dan rahmat-Mu. :'( 

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."  [Al-Nasai & Ibn Hibban]

Ya Rasulullah, salam buatmu duhai kekasih Allah, kami sentiasa mengingatimu wahai penghulu anbia'.

للَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍJ

Mari berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Salam Maulidurrasul 1435H.




Salam kasih,
Qusyaimah Rosman.

Friday, 10 January 2014

Berakhirnya semester 3.

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t.

     Alhamdulillah, dengan berakhirnya peperiksaan terkahir tadi, maka berakhirlah semester ini. Segala perit jerih yang dilalui sepanjang sem ini diharapkan membuahkan hasil. Insyaa Allah. Moga Allah reda dengan segala ilmu yang dipinjamkan pada kita. Diharapkan juga moga keputusan nanti mampu buat ibu dan ayah kita tersenyum bangga atas kejayaan yang kita peroleh. Secara jujurnya, tiap-tiap sesuatu yang saya lakukan bukan atas kehendak saya semata-mata tetapi kepuasan mama dan papa serta kegembiraan mereka yang menjadi keutamaan saya. Saya tahu, reda Allah itu terletak pada reda mama dan papa. Jika tiada iringan restu dan reda mama dan papa pasti reda Allah tiada bersama saya. Allahu. :'(

     Insyaa Allah, Allah tahu niat kita. Segala perkara yang kita fikir, yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari pandangan Allah walaupun sesaat. Ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah. Allah pasti bantu hamba-hamba-Nya yang tidak pernah jemu memohon pertolongan dan petunjuk-Nya. Segala usaha telah kita lakukan, langkah seterusnya jangan pernah berhenti berdoa, berharap dan bertawakal pada-Nya. Ingat! Hanya pada-Nya. 

     Doa saya sentiasa mengiringi kalian. Moga Allah bantu dan rahmati kita semua. Moga Allah kurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat buat saya, dia, dan kalian semua. Insyaa Allah. :)

Hasbunallah wani'mal wakil.



Salam kasih,
Qusyaimah Rosman.

Wednesday, 1 January 2014

Indahnya Aturan-Mu

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam mahabbah.

Ada kalanya terlintas di hati kecil ini "Ya Allah, aku tidak mampu". Bait-bait kata yang sering kali terlintas di hati ini saat ujian dari Allah menyapa hambanya.

Sahabatku, di saat hatimu mendung bagaikan awan yang berat terkandung titisan-titisan air, yakinlah bahawa akan ada cahaya mentari yang akan menjadi penyeri hidupmu selepas itu kerana Allah itu Maha Kasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Mendengar tiap rintihan dan tangisanmu.

Sering kali kita terlupa untuk memikirkan hikmah di sebalik ujian yang menimpa kita kerana kita terlalu leka memikirkan beratnya ujian yang melanda. Sakitnya ujian yang menimpa bagai belati yang menusuk ke dasar hati.

Persoalannya, di mana Allah di hati kita saat kesedihan itu bermaharajalela? Adakah kita masih enggan, masih ego untuk menadah tangan terutama di sepertiga malam bermunajat memohon pertolongan dan petunjuk dari-Nya?

Indahnya aturan Allah itu tidak dapat dinilai oleh mata hati yang terlalu leka dengan duniawi.

Di saat kita terleka, Allah turunkan ujian. Allah menyapa kita dengan ujian tanda kasih-Nya kerana hanya dengan ujian hati akan lebih terarah untuk mengingati-Nya.

" (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram." [13:28]

Sifat sabar, reda dan rajin berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik merupakan kata kunci kepada kehidupan yang diredai Allah. Ingat ! Aturan Allah adalah aturan yang terindah. Jika kita percaya kepada aturan-Nya, semangat yang kita bina tidak akan pernah luntur. 

Yakinlah, Allah amat menyayangi kita. Allah merindui ratapan kita tanda kasih pada-Nya. 

Ikhlaskan diri dengan sentiasa memohon petunjuk dari-Nya. Luahkan segala isi hati kerana Dia sebaik-baik pendengar. 

Yakinlah, tiada apa yang perlu diragukan kerana hanya Dialah yang menciptakan alam ini. Dialah yang menciptakan aku, dia, engkau dan kita semua. 

Indahnya aturan Allah itu hanya dapat dirasa, hanya dapat dilihat oleh mereka yang benar-benar tulus,ikhlas mengasihi Allah. Percayalah !

Alhamdulillah. Besar hikmah-Mu bagi orang-orang yang sabar. Terima kasih Allah. :)



**Peringatan buat aku, dia, engkau dan kita semua yang sering kali alpa pada kasih-Nya. 


Salam kasih,
Qusyaimah Rosman