Friday 10 January 2014

Berakhirnya semester 3.

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t.

     Alhamdulillah, dengan berakhirnya peperiksaan terkahir tadi, maka berakhirlah semester ini. Segala perit jerih yang dilalui sepanjang sem ini diharapkan membuahkan hasil. Insyaa Allah. Moga Allah reda dengan segala ilmu yang dipinjamkan pada kita. Diharapkan juga moga keputusan nanti mampu buat ibu dan ayah kita tersenyum bangga atas kejayaan yang kita peroleh. Secara jujurnya, tiap-tiap sesuatu yang saya lakukan bukan atas kehendak saya semata-mata tetapi kepuasan mama dan papa serta kegembiraan mereka yang menjadi keutamaan saya. Saya tahu, reda Allah itu terletak pada reda mama dan papa. Jika tiada iringan restu dan reda mama dan papa pasti reda Allah tiada bersama saya. Allahu. :'(

     Insyaa Allah, Allah tahu niat kita. Segala perkara yang kita fikir, yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari pandangan Allah walaupun sesaat. Ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah. Allah pasti bantu hamba-hamba-Nya yang tidak pernah jemu memohon pertolongan dan petunjuk-Nya. Segala usaha telah kita lakukan, langkah seterusnya jangan pernah berhenti berdoa, berharap dan bertawakal pada-Nya. Ingat! Hanya pada-Nya. 

     Doa saya sentiasa mengiringi kalian. Moga Allah bantu dan rahmati kita semua. Moga Allah kurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat buat saya, dia, dan kalian semua. Insyaa Allah. :)

Hasbunallah wani'mal wakil.



Salam kasih,
Qusyaimah Rosman.

2 comments:

  1. tahniah dah habis sem 3..selamat bercuti..jagan asyik membela lemak je kat rumah tuh,..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah juga dah habis sem 3. :)

      tak larat nak membela lemak dah tp tak besar2 jgk. hihi. :P

      Delete