Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sayang.
Subhanallah, lama jari jemari ini tidak menyentuh naskhah putih ini. Desakan kerja yang sangat banyak membataskan diri ini untuk aktif menulis di sini. Insyaa Allah, jika ada masa dan kelapangan, saya akan aktif kembali. Sebenarnya, banyak entri yang ingin ditulis. Cuma waktu ini, masa amat mencemburui diri ini. Pelbagai kisah suka dan duka terpalit dalam ruang hati yang paling dalam. Namun, sebagai hamba yang kerdil, kita kena reda qada' dan qadar Allah.
Kadang kala memang kita rasa tak mampu sangat nak buat semua kerja dalam satu masa, tetapi harus kita ingat Allah sentiasa ada dengan kita. Allah akan sentiasa mendengar rintihan kita. Allah Maha Melihat dan Dia mengetahui segala usaha kita.
Mohon sahabat sekalian mendoakan saya agar terus dicekalkan hati untuk menempuh segala ujian ini. Sesungguhnya medan perjuangan menuntut ilmu ini adalah medan jihad yang sangat dituntut syariat. Kejarlah dan timbalah sebanyak ilmu selagi nyawa masih kekal di jasad. Insyaa Allah. Maafkan segala silap dan salah saya jika ada kata-kata ataupun tingkah laku yang mungkin telah melukakan hati kalian. Sungguh, saya hanya insan biasa yang lemah dan sangat sangat banyak melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau tidak.
Love,
Qusyaimah Rosman
terasa nak komen tapi tak pandai nak berbahasa puitis macam awak..hehe
ReplyDeletesemoga kak q dapat menempuh segala cabaran,dugaan dan liku-liku kehidupan dalam menuntut ilmu Allah yang luas dimuka bumi ini..hehe
hehe. alahai comel je adik Su. Tak perlu nak berpuitis laa adik Su. Guna bahasa biasa juga bisa difahami. ;)
Delete