Wednesday, 17 July 2013

Salam Ramadhan.

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Ramadhan.

Rasanya, sudah agak lama jari jemari ini tidak menulis di halaman ini. Sebenarnya, tiada apa-apa yang ingin diungkapkan. Penulisan ini sekadar mahu menyuburkan kembali halaman ini. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah bulan yang mulia ini sebagai titik permulaan untuk berubah ke arah yang lebih baik seterusnya dapat dipraktikkan pada masa akan datang. Semoga dengan permulaan inilah dapat menjadikan kita seorang insan yang mampu mendidik hati agar terus istiqamah untuk mengejar keredaan dan cinta Allah s.w.t. Wallahu'alam. 



Love,
Qusyaimah Rosman



Saturday, 6 July 2013

Mencintai Dirinya Dalam Diam


Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam mahabbah.


Ketika cinta dalam hati ini hadir bukan untuk Sang Pencipta, saat secercah rasa ini tidak lagi tercipta untuk Tuhan yang satu, izinkanlah hati ini untuk bertanya untuk siapakah selayaknya kutitipkan dan kucurahkan cinta ini? Mungkinkah cinta yang hadir tanpa kusedari ini adalah dengan reda-Nya atau hanya akan mengundang kemurkaan-Nya? Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah dan maka ia pun berhilir hanya kepada Allah. Cinta yang bersandarkan kepada Allah adalah jauh lebih indah dan suci kerana diri akan lebih murni daripada dinodai nafsu hati yang hanya akan menggelapkan mata hati tanpa mengundang kemurkaan Ilahi. Tuntutan ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. 
Dan suatu jalan yang buruk. (Al-Israa: 32) "


Jauhnya diriku bukan untuk membenci dirinya tetapi menjaga kesuciannya. Bukan kerana menghindari dunia tetapi jauh di sudut hati ingin sekali meraih syurga-Nya. Bukan kerana diri ini lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa agar tidak terkulai layu dengan godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup. 

Cukuplah diri ini mencintai dirinya dari kejauhan.


Hadirnya dirimu tidak akan mampu untuk menepis segala ujian kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. Kehadiranmu juga akan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga. Hadirmu juga membuatkan banyak hati yang binasa. 

Cukuplah mencintai dia dengan kesederhanaan.

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan. Menyuburkannya hanya akan menumbuhkan harapan dan akhirnya hanya akan memberikan kebahagiaan kepada para syaitan. 

Maka, cintailah dia dengan keikhlasan.

Tentunya kisah cinta Saidatina Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati. Dua insan yang mencintai dalam diam dan akhirnya dipertemukan jua oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya mereka yang mencintai dalam diam itu sedang berjihad. Berjihad menentang kehendak diri. Berjihad menundukkan nafsu hati. Namun, di sebalik kisah cinta yang tulus murni ini, sanggupkah kita jika semua berkahir seperti sejarah cinta Salman Al-Farisi..?

Pilihan Allah itu yang terbaik.

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." ( Al-Baqarah : 216 )

Cukuplah mencintai dirinya dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. Tiada yang mengetahui setiap rencana yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Mungkin saja rasa ini hanya ujian yang akan melapuk dan akan membeku dengan perlahan. 

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga"
 ( Umar Al-Khatab r.a)


" Cukuplah aku mencintaimu di dalam hatiku, menyalurkan rinduku melalui bait doa di setiap 
sujudku,
 dan menjagamu melalui Allah Tuhanku." 








Love,
Qusyaimah Rosman

Tuesday, 2 July 2013

I'm Cooking !

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t wa sobahan khoir.

Haiiiiii.... :D :D :D nak excited boleh tak? Hehehe. Malam ni buat pertama kalinya saya memasak selama seminggu dah saya bercuti ni. Hehehe. Dah lama sangat dah tak memasak. Dekat U makan kat kafe je tak pun makan kat kedai. Saya suka memasak berbanding kena kemas rumah. Malas rasanya nak mengemas. =____=" Memandangkan saya satu-satunya anak perempuan, nak tak nak kenalah kemas jugakan. Lagipun kesian mama, balik kerja dah penat takkan nak mengemas pula. Sebagai anak yang mithali *sangat, bantulah juga apa-apa yang patut di rumah ni sementara cuti panjang ni kan. 

Malam ni saya terasa macam rindu nak masuk ke dapur dan memasak seperti dulu-dulu. Cewahhh. Hahaha. Biasalah dah lama tak masak jadi teringinlah nak memasak. Malam ni saya masak ayam masak sup dengan sayur khailan goreng. Masak simple je sebab nak masak special bukan ada orang sangat di rumah nanti tak habis pun makan. So, tak baik membazir sebab membazir tu kan amalan syaitan. :) Haaaaaa inilah dia hasil masakan saya.


Jemput makan semua. :)

Okeylah, nak tulis tu je sebenarnya. Heeee. :D :D :D Selamat menjamu selera semua. Jangan lupa baca doa makan ye. Wassalam. :)




Love,
Qusyaimah Rosman


Kenangan Lalu

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.


Semalam, masa mengemas bilik yang dah berbulan-bulan ditinggalkan ni terjumpalah macam-macam barang yang hanya tinggal kenangan. Rasa rindu pada zaman sekolah semakin membuak-buak terutamanya masa zaman form 6 sebab banyak barang-barang masa form 6 yang masih disimpan. Nak buang semua barang-barang tu macam sayang tapi kalau disimpan dah tak muat nak letak buku-buku baru. Akhirnya, kenalah juga buat keputusan untuk buang barang-barang yang dah tak digunakan lagi. Cuma simpan buku-buku rujukan dan lukisan-lukisan masa form 6. Barang-barang lain semua dah habis dah dibuang sebab nampak semak sangat.



Masa mengemas semalam tergelak sendiri bila tengok semula barang-barang lama yang dijumpai. Kebanyakannya barang yang orang bagilah. Setiap barang-barang yang ada dalam bilik ni mempunyai nilai sentimental yang tersendiri sebab most of the things dalam bilik ni adalah pemberian daripada orang. Masa tengah kemas almari baju, tiba-tiba terjumpalah semula satu box coklat Cadbury. Dalam box tu penuh sangat dengan sampul-sampul coklat yang dah dimakan. That's one of my hobby untuk kumpul semua sampul-sampul coklat yang orang bagi tu. Macam-macam jenis coklat yang saya dapat. Semua sampul coklat dalam box tu memang hasil pemberian daripada orang. Hehehe. :D Dulu, lepas habis je waktu rehat mesti akan ada coklat bawah laci meja. Saya pun tak tahulah siapa yang bagi coklat-coklat tu. Ada jugalah yang saya tahu tapi ada juga pemberian daripada Si Misteri, tapi orang dah bagikan, terima jelah dengan hati yang terbuka. Hehehe. :D


Inilah box coklat tu. ^___^ 

Dalam bilik ni banyak jugalah teddy bear dan aksesori lain. All of that things was given by my friends either during my birthday or saje-saje bagi pun ada. Hehehe. Biasanya orang bagi masa birthday. Saya sangat-sangat appreciate pemberian orang sampaikan tak bagi orang lain sentuh barang-barang saya. Itu pantang saya. Hehe. Bukan kedekut tapi nanti kalau rosak ke, dah tak sama dah nilainya. Barang-barang yang orang bagi kenalah jaga elok-elokkan, tak de lah nanti kita ni diibaratkan seperti "kera mendapat bunga". Hehehe.


Okey, yang ni semua pemberian daripada my colleague
masa kerja dekat Venture after STPM.

This is all my beloved bears.
The big one was given by my mom.
The choco one from Hanif, the white one from Ibrahim
and the Pink one was given by my collegue masa kerja dekat K9 dulu.

Actually, banyak je lagi tapi tak laratlah nak ambil gambar semua. Cukuplah sekadar mereka tahu, saya sangat menghargai pemberian daripada mereka. Thanks a lot. :D. Lepas habis kemas aksesori tu semua, dah lap bersih-bersih bagi tak berhabuk yelah sebab dah lama ditinggalkan tanpa penyelenggaraan daripada tuan punya barang akibat dah berbulan tak balik ke rumah sebab busy dekat u *skema je ayat..Haha, beralih pula ke misi seterusnya iaitu mengemas rak buku. Masya Allah punyalah bertaburan buku-buku tu sebab adik yang bongsu tu dah guna buku-buku tu tak reti nak susun balik. =.='' Sakit je hati. Nasib baiklah adik, kalau orang lain lama dah saya smack down. Kihkihkih. :D *Macam berani. Masa kemas tu, terjumpalah semula lukisan-lukisan lama saya masa Form 6. Hehehe. Nak tengok tak? Tak nak tengok pun nak tunjuk juga. :P Kejap yeeeee.

Taraaaa..hehe..ni bukan lukisan saya
tapi inilah sketch book kesayangan saya.. :D

Saje je nak buat suspen sikit. Hehe. Itulah sketch book yang paling saya sayang sebab selama 1 tahun setengah dia menjadi sahabat setia saya. Hehehe. ^___^ Walaupun saya ni tangan kayu tak pandai nak melukis-lukis ni tapi dah terpaksa ambil seni kenalah teruskan juga. Lagi pula ada bimbingan daripada guru saya iaitu Pn. Norafizah dan Pn. Nik Rosnita. Masa mula-mula ambil seni ni saya selalu nangis sebab tak pandai langsung nak melukis. Yelahkan risaulah dahlah tak pandai melukis nanti macam mana nak buat kerja kursus dan nak melukis masa peperiksaan akhir. Namun, guru saya banyak memberikan semangat. Bahagian teori seni saya memang sangat arif dan saya boleh hafaz satu buku rujukan tu tapi bab melukis memang agak terkebelakanglah. :'( Okey, kali ni saya tunjukkan lukisan saya. Memang saya tak berbakat pun dalam melukis ni. 

Lukisan ni tak silap saya, saya lukis masa
peperiksaan percubaan. Kalau tak silaplah.

Lukisan ni antara lukisan terawal masa
mula-mula masuk Form 6.

Lukisan pisang ni saya lukis masa
pertengahan Upper 6.

Ni lukisan gazebo di sekolah
saya. :)

Banyak je lagi lukisan sebenarnya, tapi tak payahlah tunjuk banyak-banyak sebab tak cantik pun. Hehehe. Saya suka melukis sebenarnya, cuma bakat melukis tu tak de pun dalam diri saya. :'( Mungkin Allah gantikan kelemahan tu dengan sesuatu yang lebih baik. :) Lepas tu tengah kemas-kemas lagi, terjumpa satu kad ucapan khas daripada adik junior sebelum saya final exam. Rindu pula dekat adik junior tu. Lama dah tak jumpa dengan dia. Nama dia Hafizah. Baik je orangnya dan sangat murah dengan senyuman.

Inilah kad yg adik junior tu bagi. :)

Ini isi kandungan kad tu.
Maaf kalau tak jelas sebab pakai kamera hp je. :D

Terharu rasanya sebab ada juga adik junior yang ingat dekat kakak senior yang garang kat sekolah dulukan. *garang sangat. Hehehe. Terima kasih adik. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. :) Semoga dapat U yang best nanti. Kalau dapat USM carilah akak ye. ^___^

Lastly, masa kemas meja study terpandanglah sesuatu yang membuatkan diri ini merindui zaman kegemilangan masa sekolah dahulu. Nak tau tak apa bendanya? Tak nak tau pun nak bagitau juga. :P Hehehe. Inilah bendanya :

Heeee..Inilah bendanya.
Plag anugerah kecemerlangan. *pelajar cemerlanglah kononnya
dan juga medal untuk acara balapan. *atletla katakan. hehehe. :P
Bila terpandang je benda ni rindu sangat zaman dulu-dulu. Masa di sekolah, semua orang kenal kita. Cikgu-cikgu pun kenal kita. Bila dah masuk U ni cuma kenal orang tertentu je. Pensyarah pun payah nak kenal kita sebab ramai sangat pelajarkan. Nasiblah juga ada beberapa pensyarah yang kenal kita. Itupun mungkin sebab kita selelu bertemu dengan beliau. Tak apalah, asalkan ada juga pensyarah yang kenal kitakan. Hehehe. :)

Dulu masa sekolah, saya ni merupakan salah seorang pelajar yang agak aktif jugalah. Saya juga merupakan seorang pengawas dari darjah 4 sampailah tingkatan 6 *gila kuasa ! hahaha dan salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar masa tingkatan 6 dulu. Selain tu, saya juga aktif dalam sukan. Acara favourite saya ialah lompat tinggi. Walaupun agak rendah =__=" tapi bolehlah nak melompat tinggi-tinggi tu. Hehehe. Bukan setakat sukan je saya aktif, banyak lagilah bidang-bidang lain yang saya ceburi. Bila lagi nak timba pengalaman kalau bukan masa sekolahkan? Hehehe. So, carilah pengalaman banyak-banyak ye anak-anak.

Okeylah, sampai sini dulu coretan pada kali ini. Senja pun dah nak melabuhkan tirainya. Burung-burung pun dah berterbangan pulang ke sarang. Anak-anak kecil pun dah berlari-lari pulang ke rumah tu. Hehe. Salam maghrib semua. Wassalam. :)





Love,
Qusyaimah Rosman

















Monday, 1 July 2013

Berjaya Akhirnya !

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam mahabbah.


Alhamdulillah. Selesai juga saya menyiapkan cerpen saya setelah sekian lama tidak menulis. Lama jugalah meninggalkan dunia penulisan. Seingat saya, kali terakhir saya berkarya tahun 2011 semasa menyertai Perkampungan Penulis Muda Peringkat Negeri Johor. Rindu sangat hati ni nak berkarya sebenarnya. Kecintaan saya pada bidang penulisan memang sudah mula dipupuk sejak kecil. Namun, bakat yang telah lama terpendam terluah juga akhirnya selepas saya berjaya dipilih untuk menyertai Perkampungan Penulis Muda sehingga karya saya berjaya diterbitkan oleh DBP. Allahu. Syukur sangat. Syukran Allah. :')



Sebenarnya, kekangan masa yang dialami cukup membuatkan diri ini terhimpit dengan komitmen yang lebih penting sebagai seorang pelajar. Semakin lama, semakin sibuk dengan hal-hal di universiti sehingga membuatkan saya tidak sedar bahawa telah cukup lama saya meninggalkan minat dan kecintaan saya. Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ke atas cuti sem yang panjang ini untuk mengasah kembali minat yang sekian lama saya tinggalkan. Puas rasanya ! 



Namun, ada kisah yang menarik tentang cerpen " Penyuluh Hidupmu " ni. Beberapa hari lepas, saya berkenalan dengan seorang sahabat yang juga merupakan seorang anggota ROTU. Kebetulan nama watak yang digunakan dalam cerpen ini sama dengan nama dia. Kiranya, hadiah persahabatan daripada saya khas untuk dialah. Hehehe. ^____^ Harap dia sukalah cerpen ni walaupun karya saya tidaklah sehebat karya-karya penulis terkenal. Heeeee :D ***Untuk awak, terima kasih bagi pinjam nama walaupun ianya kebetulan. Maaf sekiranya penulisan saya agak hambar. :)



Akhir kata, in shaa ALLAH saya akan berusaha untuk terus menghasilkan karya-karya yang terbaik dan saya akan pastikan one day, I'll have my own book either novel or academic writing. In shaa Allah. Doakanlah yang terbaik untuk saya ye. Syukran. Wassalam. :)





Love,
Qusyaimah Rosman.