Monday, 23 September 2013

Perangi musuh Allah.

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat pagi.

     Apabila online pada pagi ini, saya terpandang satu post di Facebook yang cukup menarik untuk dijadikan peringatan buat diri yang kadang kala berperang dengan nafsu dan godaan syaitan yang direjam. Status tersebut menyentuh tentang musuh Allah iaitu tugasan syaitan yang tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan umat manusia.

     Mereka yang telah mengucap dua kalimah syahadah dan sudah berjanji (berbai'ah) pada diri dan agama untuk menyampaikan dakwah adalah golongan musuh kepada syaitan. Maka, bersedialah untuk menerima cabaran atau hasutan yang kuat untuk melakukan maksiat (rohani dan jasmani) supaya kita tewas dalam medan pertempuran.

     Iblis telah berkata : " Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta belakang mereka, dan dari kanan mereka serta kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati mereka semua bersyukur. "
[ Al-A'raf : 16-17 ]

Antara syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia ialah :

1- Qarin : Mendampingin manusia sejak lahir untuk mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diredai Allah.

2- Al- Wilhan : Menggoda dan mengganggu manusia yang sedang berwuduk.

3- Al- Hinzab : Mengganggu manusia yang sedang solat.

4- Thibr : Bertugas khusus untuk membinasakan manusia.

5- Awar : Menggoda manusia untuk melakukan zina.

6- Mabsut : Membisikkan manusia supaya berdusta.

7- Dasim : Bertugas semata-mata menjadikan supaya manusia bersengketa dengan keluarga.

8- Zalanbur : Bertugas di pasar-pasar membisikkan dan memberansang manusia supaya melakukan penipuan semasa menjual beli.

Renung-renungkan wahai sahabat.





Salam kasih,
Qusyaimah Rosman.


Monday, 16 September 2013

Happy Journey !


Bismillah. 

Assalamu'alaikum dan salam ukhuwah.

     Hai ! Hari ini terlebih rajin untuk update blog sempena cuti Hari Malaysia. Alhamdulillah, kita masih merasai nikmat keamanan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Syukurilah keamanan ini kerana dengan sekelip mata Allah boleh menarik nikmat-Nya.

     Tujuan utama bukanlah untuk menceritakan tentang Hari Malaysia tetapi nak berkongsi kegembiraan sebab dapat berjalan ramai-ramai dengan skuad tercinta. Heeeee. =D Begini ceritanya, hari Sabtu yang lalu, kami diarahkan untuk pergi ke markas PALAPES untuk fitting baju nombor 3 sebab ladies belum ada baju tu lagi. Masa di markas, salah seorang skuad kami yang bernama Nadia offer la pada kami semua untuk pergi ke rumah dia pada hari tu di Nibong Tebal. Dia pun call mak dia untuk confirmkan kehadiran kami ke sana. Kami pun bersetujulah.

     Memandangkan hari tu kami semua free, kami pun bersiaplah untuk ke rumah Nadia. Memang excitedlah kami semua sebab untuk ke sana kami akan naik bas dan feri. Heeee. =D Kami seramai 18 orang ladies dan 1 orang guy sudah bersiap sedia untuk bertolak. **Guy seorang je sebab dialah motif utama kami ke rumah Nadia. Dia nak beli motor di sana. Kami bertolak dari USM dalam pukul 12.30 tengah hari lebih kurang.

     Kami naik bus rapid untuk ke jeti. Lenguh kaki berdiri dalam bus sebab tempat duduk penuh. Hehe. Nasib baik kami ramai jadi tak adalah bosan sangat. Sampai sahaja di jeti kami pun ramai-ramai naik feri. Memang seronok sangat. Teruja kot dapat naik feri. **Padahal dah kali kedua dah naik feri. Heheheh. >.< Angin sangat kuat dan rasa macam fly in the sky dah. **konon-konon macam dalam cerita Titanic. Hehheh.

Masa ni kami sedang menanti Hakimi, satu-satunya guy yang akan ikut.
Kami punya excited, dia boleh sesedap tidur kat bilik. -_-"


Masa ni kami dalam komuter USM untuk menuju ke Sungai Dua. 


Masa ni dalam feri. Angin kuat sangat. :D


Yang ini pemandangan jambatan Pulau Pinang dari jauh.
Cantikkan? :)

     Lebih kurang dalam 30 minit perjalanan, kami pun sampailah ke jeti Nibong Tebal. Kami perlu menaiki bas ke Jawi untuk sampai ke rumah Nadia. Untuk memudahkan perjalanan, kami pun belilah tiket bas pergi dan balik tetapi kami perlu ada di hentian bas Parit Buntar sebelum jam 8.00 malam sebab bas terakhir jam 8.00 malam.


Masa ni tengah berebut-rebut nak naik bus. Hehe. XD

     Naik je bas, terus tidur dengan lenanya sebab semalamnya tak boleh nak tidur sampailah ke subuh. Kiranya ganti baliklah masa tidur tu. Sampai saja di Jawi, kami perlu tunggu bas rapid untuk hantar kami ke jalan apa entah. Tak pastilah nama tempat tu, tapi yang pasti tak jauh dah dari rumah Nadia. Setibanya di sana, kami menanti kedatangan abang Nadia untuk menjemput kami ke rumah. Rumah Nadia terletak agak jauh di pendalaman jadi kalau tak biasa pergi boleh sesat jugalah.

     Tiba saja di rumah Nadia, semua lauk-pauk dah terhidang. Ya Allah, dalam keadaan lapar masa tu ditambah pula dengan lauk yang menyelerakan memang bertambah selera makan. **Dua kali tambah kot. Malu ! -_-" Haha. Alhamdulillah, orang kata rezeki jangan ditolakkan. Penat je nanti mak Nadia masak kalau kami tak habiskan. Hehe. Tapi disebabkan semua dah lapar, semua terlupa dah nak capture gambar makanan tu semua. Tak da gambarlah yang boleh diabadikan dalam ruangan ni. T___T Alhamdulillah, sedap sangat mak Nadia masak. Terima kasih mak cik ! =D

     Lepas dah siap kemas semua, kami dihidangkan dengan buah-buahan kampung dan juga kuih-muih. Buah mata kucing, buah langsat, kuih karipap dan kuih puteri ayu menjadi pencuci mulut pada petang yang indah. =) Seronok sangat dapat spend time together. Mak ayah Nadia pun sporting sangat. Layankan saja perangai kami semua. =)

     Masa pun menunjukkan tepat jam 7.00 malam. Kami perlu bergerak ke hentian bas Parit Buntar sebab takut terlepas bas. Mak Nadia pesan, kalau raya haji nanti tak pulang ke kampung, dia suruh kami beraya di sana. Hehe. Insyaa Allah ye mak cik. =) Tepat jam 7.30 petang, kami pun tiba di hentian bas Parit Buntar. 


Okey, semua dah penat tapi masih mampu tersenyum. :)


Pemandangan indah pada waktu malam tapi gambar agak blur. -_-"


Pemandangan di dalam feri pada waktu malam. Indah sekali. :)


     Akhirnya, kami semua sampai di USM tepat jam 10.00 malam. Alhamdulillah. Seronok sangat. Terima kasih kepada Nadia yang sudi menjemput kami semua ke rumah dan masakkan makanan yang lazat. Heeee. =) Kalau ada kelapangan, lain kali kita jalan sama-sama lagi ye skuad. =D

     Azan Asar pun dah berkumandang tanda Sang Pencipta merindui rintihan hamba-Nya. Saya undur diri dahulu untuk mengutamakan yang utama. Salam Asar sahabat. =)





 Salam kasih,
Qusyaimah Rosman.











I'm busy !

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhuwah.

     Ya Allah, rasa macam dah lama jari jemari ini tidak lagi mencoretkan kata-kata di lembaran ini. Keizinan masa yang agak terhad mungkin juga menjadi penghalang untuk sentiasa mencoretkan tinta isi hati yang tersemat rapi dalam setiap bait kata mahupun fikiran. Beginilah kehidupan sebagai seorang pelajar. Terlalu banyak komitmen dan tanggungjawab yang perlu diutamakan terlebih dahulu kerana tidak ingin dipersoalkan di akhirat kelak.

     Menyentuh sedikit kisah minggu lepas, saya ada menyatakan tentang pembubaran MPDIK bukan? Alhamdulillah, majlis pembubaran tersebut berjalan dengan lancar walaupun mungkin ramai hati yang menangis pada malam itu. Mungkin tidak terzahir di mata namun dalam hati tiada siapa yang tahu kecuali diri kita sendiri dan juga Allah s.w.t. Semoga dengan pembubaran tersebut, ukhuwah antara kami tetap utuh bagaikan air yang dicincang tidak akan pernah putus. Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan kami dalam tali persaudaraan ini. Peliharalah ukhuwah antara kami agar tetap utuh dan tetap segar dalam lipatan memori kami.

Inilah sebahagian daripada keluarga MPDIK.
Ramai yang tiada dalam gambar sebab mereka adalah dalam kalangan pelajar tahun akhir. 

     Selesai satu tanggungjawab, hari-hari yang berlalu semakin meronta-ronta memerlukan perhatian. Komitmen terhadap pelajaran perlu dititikberatkan. Walau sibuk sekalipun, namun akademik perlu diberi keutamaan. Matlamat utama menjejakkan kaki ke universiti adalah untuk menimba sebanyak mungkin ilmu Allah di samping menimba pelbagai pengalaman lain. Segala usaha akan menjadi sia-sia tanpa kehadiran ilmu kerana segala yang kita lakukan adalah perlu berlandaskan ilmu. Tanpa ilmu, buah fikiran kita tidak akan bercambah segar kerana pemikiran pasti akan berada di takuk yang sama. 

     Alhamdulillah, minggu ini sudah masuk minggu kedua memulakan semester 3. Semoga segalanya berjalan lancar. Terima kasih Allah kerana menganugerahkan coursemate yang baik dan sangat membantu. Moga kami sentiasa dirahmati dan segala usaha kami untuk mempelajari sebanyak ilmu yang mungkin akan dipermudahkan dan sentiasa berada dalam rahmat-Mu.

     Rasanya, sampai di sini sahajalah untuk entri pada kali ini. Insyaa Allah, jika ada kelapangan, saya akan mencoretkan segala pengalaman hidup yang mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk semua pembaca. Mungkin tidak semua, tetapi sekurang-kurangnya masih dapat berkongsi serba sedikit pengalaman yang ada. Wallahu'alam. =)




Salam kasih,
Qusyaimah Rosman.

Sunday, 8 September 2013

Azam Baru, Semangat Baru !

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhuwah.

     Alhamdulillah. Ungkapan keramat yang mampu diucapkan saat ini. Walaupun hati ini sayu untuk berpisah dengan keluarga, namun seolah-olah hati kecil cuba memujuk agar diri ini kuat untuk memulakan azam yang baru dengan semangat yang baru.

    Setibanya di USM pagi tadi, hujan lebat membasahi bumi seolah-olah mengerti akan hati dan perasaan ini. Mungkin juga hujan rahmat yang diturunkan oleh Sang Pencipta agar diri ini sentiasa bersyukur akan rahmat-Nya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

     Sayu hati bila bersalaman dengan papa dan mama. Bila pandang wajah mereka, hati ni rasa tenang. Ibarat tenangnya tika menatap langit kirmizi ciptaan Ilahi. Subhanallah, begitu indah kurniaan-Mu Ya Rabb. Anugerah yang tidak ternilai yang Engkau pernah berikan. Anugerah yang tidak mungkin akan dapat diganti walau dengan emas permata sekali pun. Terlalu indah.

     Setibanya di USM, hati mula berniat untuk terus berjuang. Terus meneroka ilmu Allah yang Maha Luas. Teringin lihat mama dan papa tersenyum bangga lihat kejayaan anak-anak mereka. Allahu, jangan Engkau tarik nikmat dan anugerah yang Engkau kurniakan sepanjang hidupku selagi aku belum mampu membalas jasa dan pengorbanan mereka ya Allah. Aku mohon ya Allah. Izinkan aku berbakti pada mereka. Izinkan aku bahagiakan mereka. :(

     Moga Engkau lindungi mereka. Kasihi kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku sejak kecil ya Rabb. Limpahkanlah rahmat dan rezeki-Mu buat mereka. Jauhi mereka daripada azab neraka-Mu ya Rabb. Aku mohon. :(




Salam kasih,
Qusyaimah Rosman. 

Friday, 6 September 2013

Memori 6 September.

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhuwah.

     Sedar tak sedar sekejap je rasa cuti nak habis. Hanya berbaki dua hari lagi sebelum memulakan semester baru, bermajorkan bidang yang diimpikan dengan semangat dan azam yang baru. Mohon dipermudahkan Ya Rabb !

     Masa nak kemas barang-barang semalam, Allahu tak tahulah macam-macam perasaan yang menerjah ke lubuk hati. Sedih, sebak, sayu dan segala macam rasa yang saya sendiri sukar untuk tafsir. Mungkin hati ni dah terlalu sebati berada di rumah sebab cuti dah 2 bulan jugalah. Maklumlah siapa yang tak suka tinggal di rumah dengan keadaan yang selesa lagi bersenang lenang. Hehe. :D

     Oleh itu, di kesempatan yang ada ni, di rumah pak anjang yang indah ni saya pun dengan senang hati mencoretkan bait-bait kata dalam lembaran kali ni. Saja je sebenarnya sebab jari jemari ni dah lama tak menulis disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Ceh! bunyi macam complicated je padahal small matter je. Hehe. :P

     Hmmm. Esok pagi akan ke Perak ziarah sepupu yang study di Kolej Matrikulasi Perak. Lepas tu akan terus ke Penang jalan-jalan dengan family then Ahad pagi papa akan hantar ke USM. Rasa macam cepat je masa berlalu. Lepas ni kena berpisah dengan family. I'll miss you mama, papa, angah, adik. :( Tak apalah, ada hikmahnya. Berpisah demi sebuah kejayaan, demi masa depan yang lebih cerah. Inshaa Allah. Allahumma amin. *Pujuk hati. :)

     Balik je USM hari ahad ni, malam tu dah kena attend meeting pembubaran MPD. Alhamdulillah, terlepaslah satu tanggungjawab tapi kalau Allah izinkan, inshaa Allah rasanya nak sambung berkhidmat untuk Desasiswa IK yang tercinta. Itupun kalau Allah izinkan sebab Allah lebih tahu kemampuan hamba-Nya. Tanggungjawab pun rasanya makin bertambah. Maklumlah bila dah makin dewasa, makin senior, tanggungjawab pun makin banyak. Bila tanggungjawab makin banyak, kena lebih bijak urus masa, urus diri, urus segalanya.

     Inshaa Allah, kalau sentiasa ingat Allah, Allah pasti akan bantu kita. Allah akan sentiasa ada dengan kita. Teringat kata-kata seorang ustaz, sedangkan syaitan yang derhaka pun Allah makbulkan permintaannya supaya panjangkan hayatnya sehingga hari kiamat, apatah lagi kita hamba-Nya yang sentiasa solat, merintih minta pada-Nya, pasti Allah makbulkan, pasti Allah beri ganjaran.  Subhanallah. :)

     Rasanya setakat ini dululah coretan pada kali ini. Inshaa Allah, jika ada kesempatan akan menulis lagi dalam lembaran yang seterusnya. Moga segala urusan kalian akan dipermudahkan oleh-Nya. Allahumma amin.



P/S : Ada orang pesan, fokus dalam study supaya dapat banggakan mama dan papa. Jangan fikir pasal hati sebab kalau kita serahkan urusan hati pada Allah, maknanya apa yang terjadi adalah yang terbaik buat kita. Perkara yang kita boleh buat hanya sabar dan doa. Kita kena terima semua yang berlaku sebab Allah lebih tahu. Terima kasih. ^_^




Salam kasih,
Qusyaimah Rosman.