Sunday, 30 June 2013

Having Lunch with Dearest Family !

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hari Jumaat lepas, masa tengah sibuk membaca, adik yang nombor dua tu tiba-tiba masuk ke bilik. Kalau dia masuk ke bilik kakak dia ni dah tahu dah mesti ada something yang dia nak request. Dia pun menyuarakanlah isi hati dia. Rupanya dia nak suruh kakak dia ni belanja makan pizza sebelum dia berangkat pulang ke kolej hari ni. Saya pun okey jelah tapi kenalah tanya mama dulu sama ada dia setuju atau pun tidak sebab mama kerja malam. Dia pun teruslah tanya pada mama dan mama pun bagi positive feedback. 

So, semalam kami pun pergilah makan pizza sekeluarga di IOI Mall Kulai. Masa kami pergi semalam ada hidangan pizza yang terbaru. Kami pun order la set pizza yang baru, lepas tu adalah add-on pasta, chicken wings, salad and etc. Berselera betul tengok adik yang nombor dua tu makan. Dia sorang je boleh habiskan lebih kurang 5 keping pizza rasanya. =.='' Biarlah sekali sekala dia nak makan. Bukan selalu dapat merasa kakak dia ni nak belanja. Hehehe. 


Inilah antara hidangan yang sempat di 'snap'.

Lepas habis je makan, kami pun pulang ke rumah sebab mama nak pergi kerja. Oleh sebab dah terlewat, papa pun hantarlah mama ke tempat kerja. Saya pun ikut papa hantar mama ke tempat kerja. Then, lepas hantar mama, papa bawa pergi ke rumah atuk. Kesian sangat tengok atuk. Terlantar je atas katil. Lepas tu masa rasa badan atuk macam demam sebab suhu badan dia agak panas. Mak cik bagi atuk makan ubat semua. Lepas melawat atuk tu, papa ajak teman dia tengok bola. Saya pun ikutlah papa pergi tengok bola. Actually, saya sangat tak minat dan tak suka tonton perlawanan bola sepak. Tak sampai 5 minit memang mata ni automatically akan mengantuk dan terpejam dengan sendirinya. Hehehe. :D Tapi semalam tak tahulah kenapa saya semangat sangat menonton bola tu. Mungkin disebabkan yang lawan tu pasukan JDT kot. Pasukan negeri sendirikan so semangatlah juga menonton. 

Walaupun JDT tewas dan permainannya agak hambar namun mereka dah cuba yang terbaik. Menang atau kalah tu memang adat perlawananlahkan. Masih ada masa dan kesempatan untuk memperbaiki kekurangan. Semoga JDT akan terus maju pada masa akan datang. Jangan mudah berputus asa. Walaupun JDT merupakan pasukan yang masih baru, namun kami berbangga kerana mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Jangan jadikan kata-kata tohmahan sebagai peluntur semangat, namun bangkitlah dengan harapan yang lebih gemilang. Buktikan anda boleh ! 

Heeeee. :D Terlebih semangat pula. Mungkin sebab first time kot menonton perlawanan bola sepak dengan bersungguh-sungguh. Sebelum ni asal papa tukar siaran je memang saya tidurlah depan tv sebab bosan. Hehehe. Okeylah, sampai di sini dulu sebab dah tak tahu nak tulis apa. Wassalam. :)




Love,
Qusyaimah Rosman.



Saturday, 29 June 2013

Memori Bersamamu MPDIK

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam mahabbah.

Tatkala menggamit semula kenangan seawal perkenalan antara ahli keluarga MPDIK sidang 2012/2013, pastinya akan menerbitkan satu rasa yang cukup syahdu jauh di lubuk hati yang paling dalam. Walaupun jarang sekali meluangkan masa bersama mereka, namun saat-saat indah bersama mereka pasti akan dikenang sentiasa. Sepanjang satu sidang berkhidmat bersama mereka, sangat banyak pengalaman pahit dan manis, suka dan tawa yang dikongsi bersama.

Perkenalan bersama mereka bermula dengan kem kepimpinan sebelum kami disahkan menjadi ahli Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara (MPDIK). Bermula daripada kem inilah persahabatan kami terjalin. Perkara yang membuatkan kami menjadi lebih akrab apabila kami perlu membuat satu aktiviti iaitu " ikhtiar hidup ". Kami perlu mencari sekurang-kurangnya RM 300.00 untuk dibawa pulang ke USM mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kami memulakan aktiviti tersebut seawal jam 9 pagi dan perlu pulang ke USM sebelum jam 5 petang dengan membawa sejumlah wang yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya RM300.00. Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan pada masa tu. 2 kumpulan akan ke Bukit Jambul tapi orang Penang panggil tempat tu BJ je dan 2 kumpulan lagi akan ke Komtar.

Pada masa tu kumpulan saya telah ditetapkan untuk membuat ikhtiar hidup di kawasan Bukit Jambul. Masa tu barulah kami tahu betapa susahnya untuk mendapatkan wang hatta sepuluh sen. Kesemua kumpulan yang dilepaskan hanya dibekalkan dengan kad pengenalan orientasi dan wang RM 30.00 sahaja. Kumpulan kami sudah bertekad pada masa itu untuk tidak menggunakan wang yang diberikan dan kami hanya berjalan kaki untuk ke BJ. Sampai sahaja di BJ, kami pun mencuba nasib dengan mencari pekerjaan di MYDIN. Namun, nasib kami kurang baik kerana pada hari tu merupakan hari Sabtu, jadi ramailah pihak pentadbir yang bercuti. Kami pun keluar dan berjalan di sekitar kawasan itu untuk mencari pekerjaan namun usaha kami tidak berhasil. Selepas beberapa jam mencuba nasib namun tidak berhasil, kami pun berbincang untuk ke kawasan yang agak jauh sedikit iaitu kawasan perumahan orang kaya-kaya di sekitar BJ tu. Masa tu kami memang dah sangat lapar dan sangat haus. Cuaca masa tu memang dah panas terik dah. Namun kami kuatkan juga diri ni sebab kami dah bertekad tak nak guna duit tersebut. Hehehe.

Kami pun berjalanlah menuju ke kawasan perumahan tersebut. Memang penatlah kakikan masa tu sampai melecet sebab berjalan je tanpa henti tapi tak pe yang penting kami kena usaha juga untuk dapatkan sejumlah wang yang ditetapkan. Rumah pertama kami pada masa tu adalah rumah di atas sebuah bukit. Tak ingat dah nama Dato' tu tapi masih ingat lagilah rumah beliau kalau pergi ke sana. Masa tu hari pula hujan. Masa kami tiba di rumah dato' tersebut dan ingin meminta pekerjaan, beliau pula ingin keluar sebab ada urusan di luar. Beliau sempatlah bertanyakan tentang beberapa perkara dan alhamdulillah Ikhwan dan Tuan Ghaffari dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik sekali. Banggalah juga kena puji walaupun kami cuma mendengar. Hehehe. :D Memandangkan beliau dah nak keluar masa tu, beliau pun menghulurkan sejumlah wang dan beliau memuji sikap keberanian dan kepimpinan kami.

Nak dipendekkan cerita, banyak jugalah rumah yang kami pergi masa tu untuk jalankan tanggungjawab mengumpul dana untuk MPDIK. Walaupun penat, tapi kami sangat seronok. Dalam kepenatan yang amat sangat, bila tiba rumah sorang cikgu ni, dia menyediakan juadah tengah hari untuk kami. Alhamdulillah rezeki kami. Beliau kesian tengok kami sebab tak alas perut langsung hari tu. Punyalah bertekad tak nak guna wang pendahuluan tu, kami sanggup tak makan. Hehehe. Lepas je makan, kami pun bersihkanlah halaman rumah beliau. Memang habis bersih kami kemaslah sebab cikgu tu cakap pembantu rumah dia bercuti dan pulang ke kampung. Lepas habis kemas tu kami pun minta diri dan terus menuju ke surau berhampiran untuk menunaikan solat Zuhur.

Masa dalam pukul 3 tu kami kiralah wang yang kami peroleh tu, kami kekurangan lebih kurang RM 100.00 lagi masa tu. Kami risau dah tak sempat nak balik ke USM. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami apabila kami pergi ke sebuah rumah ni tuan rumah tersebut menerima kunjungan kami dengan ramah sekali. Perkara yang kami paling tak percaya, beliau cuma suruh kami kemas kawasan luar rumah yang kami rasa memang sangat kecil nilainya dengan sejumlah wang yang kami terima. Namun, kami terima dengan hati yang terbuka sebab beliau ikhlas memberikan kepada kami. Usai saja beransur dari rumah beliau, Ikhwan dan Tuan Ghaf bergegas kembali ke BJ untuk mengambil tin dan kotak yang perlu kami bawa pulang bersama-sama dengan wang yang kami peroleh. Masa tu dah kesuntukan masa dan hampir pukul 5 petang. Kalau kami sampai lewat, kami akan didenda. Sekali lagi, Allah permudahkan urusan kami apabila ayah rakan kepada Ikhwan telah membayarkan tambang teksi untuk menghantar kami pulang ke USM. Syukur sangat. Memang kami tiba ke USM masa tu tepat jam 4.50 petang. Huhhh selamat. Heeee.


Kami memang sangat enjoy dan sangat berpuas hati, bukan disebabkan kami dapat mengumpul wang tersebut tetapi sebab pengalaman yang kami peroleh tu. Susah tu nak cari duit. Barulah kami tahu macam mana payahnya mak ayah kami berusaha mencari rezeki untuk membesarkan kami. Macam tu lah serba sedikit awal perkenalan kami masa mula-mula menjadi sebahagian daripada MPD. Memang banyak pengalaman manis kami bersama. Kalau nak cerita semua pengalaman tu memang sampai esok pun tak habis sebab terlalu banyak. Pengalaman ni memang kami akan sematkan serapi yang mungkin dalam ingatan kami. Heeeee :D


Peace..Inilah kumpulan kami masa ikhtiar hidup. :D
Akhirnya, tanggal 24 Mei 2013 merupakan hari yang paling bermakna buat kami semua. Itulah merupakan program terakhir kami iaitu "Malam Jasamu Dikenang" pada sidang ini. Walaupun ada beberapa perkara yang berlaku, namun ianya menjadi hari paling manis buat kami apabila kami dapat berkumpul bersama-sama pada malam tersebut. Masa malam program tu tak semua pihak pentadbir yang hadir dan yang dapat hadir cuma En. Zain dan Pn. Jumiya. Namun, kami berpuas hati sebab para tetamu yang hadir pada malam tersebut semuanya berpuas hati. Terima kasih kami ucapkan kepada semua para tetamu terutamanya kepada semua yang telah menjulang nama Desasiswa Indah Kembara.

Perjumpaan kami yang seterusnya adalah pada meeting terakhir untuk sidang ini. Pada malam tu, kesemua ahli MPD meluahkan rasa yang terbuku di hati. Tujuannya adalah untuk membuang semua perkara yang keruh dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sepanjang kami bekerjasama. Alhamdulillah everything run smoothly. Kami bermaaf-maafan dan menjernihkan kembali keadaan yang keruh. Cewahhhh. The best part mestilah jamuankan. Jamuan kami pada malam itu ialah hidangan KFC dan ditaja sepenuhnya oleh Pn. Jumi sebagai tanda terima kasih beliau sebab dah membantu dalam menjayakan hari persandingan anak beliau. Tahniah Pn. Jumi  sebab dah menerima menantu. Hehehe. :D

Last but not least, malam jamuan BBQ kami yang dianjurkan oleh YDP kami, Abg Din. Jamuan ni kiranya sebagai jamuan penutupan untuk MPD sidang ni. Malam tu adalah malam terakhir kami berkumpul bersama sebab masa tu dah nak masuk minggu study week. Mantan MPD sidang lepas pun turut diundang dalam menjayakan majlis. Malam tu, kami main satu game iaitu true or dare. Hoho. Masa saya terkena tu, saya pilihlah dare. Konon macam berani sangatkan. Haha. Sekali mereka kenakan saya suruh call one of the guy nama dia Tok cik ke apa tah tak ingat dah then, suruh luahkan isi hati. Ya Allah, malunya masa tu tapi nasib baik dalam telefon jadi dapatlah kawal rasa malu tu sebab tak nampak muka. Hehehe. Tapi kesianlah dengan guy tu sebab tak tahu apa-apa tiba-tiba suruh jadi bakal imamlah, peminat dalam diamlah. Haha. Habis je majlis tu, sayu hati nak berpisah dengan mereka malam tu. Yelah, macam-macam kenangan kami kongsi bersama. Tapi lumrahlahkan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan namun in shaa Allah, kami tetap akan bersatu dalam ingatan dan hati kami walaupun lepas ni macam susah je dah nak jumpa semua sebab ramai yang akan grad dan sebagainya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian semua kerana memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada saya. In shaa Allah, kalian tetap di hati sampai bila-bila. Semoga ukhwah yang terbina antara kita akan kekal selamanya. Maafkan salah dan silap saya sepanjang perkenalan kita dan halalkan segala yang pernah diberikan. Kalau saya ada hutang apa-apa then terlupa nak bayar, sila maklumkanlah ye. Terima kasih untuk segalanya. Ana uhibbukum fillah. :)

This is our big family members of MPDIK.
This picture was taken on our closing orientation ceremony. 
This is a part of jejaka MPDIK. 

During hiking at Taman Negara Pulau Pinang,
Pantai Keranchut. 

Our MT with Pihak Pentadbir during PROPPEL.

During hiking.

Blood Donation Program.
"Malam Jasamu Dikenang" will be the last forever memory
in our soul and heart.
Antara tetamu yang hadir.
Am, Che'ah, Nadia, Linda.

Antara tetamu yang hadir.

Para tetamu.

Pihak pentadbir.

Atlet Indah Kembara.

Aksi pelik senior PALAPES tunjuk ke arah 'something'
masa tu. ==''


" Having someone to love is FAMILY, Having somewhere to go is HOME,
Having both is a BLESSING."




Love,
Qusyaimah Rosman.

Memori Semester II

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.


Sedar tak sedar rupanya sekejap je masa berlalu meninggalkan kita. Sedar-sedar je rupanya dah habis dah sem 2. Rasa macam cepat sangat masa berjalan. Tanggal 20 Jun 2013 merupakan tarikh penamat kepada semester 2 sidang pertama berada di USM. Alhamdulillah, sepanjang satu sidang berada di USM banyak pengalaman pahit dan manis telah dilalui. Namun, pengalaman tersebut tidak dilalui sendirian tetapi mempunyai keluarga besar yang turut bersama-sama melalui pengalaman tersebut. 


Habis je paper BM, 20 Jun hari tu dalam hati ni memang melonjak kegiranganlah sebab paper sem ni masya Allah teramatlah susah. Mostly apa yang dijawab semuanya entah apa-apa. Rasanya pensyarah pun pening nak menanda sebab banyak guna teori sendiri. Well I'm a USM student.  Hehehe. :D Balik je bilik terus kemas barang-barang apa yang patut. Sebenarnya barang-barang tu semua dah siap kemas dari hari Selasa lagi. Nampak tak semangat sangat nak balik. Maklumlah perantauankan, jarang balik ke rumah so bila dapat balik rumah memang excitedlah. Hehehe. 


Apabila dah siap semua kemas barang-barang malam tu, pergilah berziarah ke bilik sahabat saya, Adilah dan Masitah di L06. Ya Allah sayunya hati nak berpisah dengan mereka. Walaupun jarang meluangkan masa dengan mereka, macam biasalah sebab kekangan masa tapi mereka sangat prihatin dan sangat mengambil berat. Kalau rasa diri ni kosong dan lemah, merekalah yang banyak memberikan dorongan dan banyak menasihati agar lebih dekat dengan Allah. Indahkan persahabatan yang disandarkan kepada Allah. Sayang menyayangi antara satu sama lain kerana Allah. Jika kita ikhlas bersahabat kerana Allah, pasti hubungan tersebut akan terpelihara. Masa kat bilik dia tu sempat jugalah tolong dia kemaskan barang-barang dia. Maklumlah barang sendiri dah siap kemaskan. Hehe. Lepas tu dalam pukul 12 lebih macam tu, mintalah diri untuk pulang ke bilik. Sebelum nak berpisah tu Adilah hadiahkan sebuah buku. Dia kata kalau rindu dia, tengok buku tu. Hehe. 


Malam tu memang tak tidurlah sebab excited sangat nak balik. Tak sabar nak tunggu siang. Kesian roomate, dia sedih je tengok roomate dia ni dah siap kemas semua barang tapi dia masih study untuk menghabiskan paper terakhir dia. Malam tu dia tekunlah menghafal fakta-fakta sejarah untuk digoreng keesokan hari. Hehehe. Barang-barang semua dah siap dihantar ke stor simpanan barang. Sayu jugalah hati nak berpisah dengan keluarga PALAPES dan rakan-rakan yang lain. Lama jugakan cuti sem ni sampai 2 bulan lebih. Tak tahulah nak buat apa cuti ni kat rumah. Dari pagi sampai malam memang makan, tidur, baca novel, online dan begitulah kitaran hidup seharian di rumah. Hehehe.


Sem 2 ni memang sangat singkat masa berlalu. Sekejap sangat dah sampai ke penghujung sem. Banyak pengalaman yang ditimba walaupun baru satu sidang berada di USM ni. Sem depan dah jadi semi senior dah sebab akan dapat adik-adik junior. Hehehe. Sem 2 ni merupakan sem yang sangat awesome sebab lagi banyak pengalaman menarik kalau nak dibandingkan dengan sem 1 dan sem 2 ni jugalah saya lebih banyak dapat meluangkan masa dengan keluarga MPD tercinta. Huhuhu. Banyak jugalah dapat join aktiviti MPD especially saya terlibat sepenuhnya dalam pertandingan PADU dan DPNC. Sangat seronok bersama-sama dengan mereka. 


Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang memberikan pengalaman secara langsung dan secara tidak langsung kepada diri ini untuk menimba sebanyak ilmu yang boleh. Tahniah saya ucapkan kepada semua senior yang bakal bertauliah dan juga yang akan bergraduasi. Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat. Doakan kejayaan kami yang masih jauh lagi perjalanan di USM ni. Hehehe. 



This is my beloved roomate a.k.a my kak long.
Her name is Hafika Hanis.
The left one is my best friend in MPDIK.
Her name is Hayati. 

The left one is my twin, Asma.
I'm not sure why people keep saying that we're twin.
Maybe from our eyes.
Miss her. <3

This is a part of my MPDIK's family members.
Nampak sikit sebab ramai yang tak attend last meeting pada malam ni. 

Taraaaa..hehe..this is a gift from Adilah before I went to hometown.
She ask me to see this book when I miss her.
Thanks dearest Adilah. 
This is my 'sahabat' dunya wal akhirat. In shaa Allah.
Ukhwah fillah abadan abada. :)



" A memory last forever, never does it die...True friends stay together and never say goodbye." 




Love,
Qusyaimah Rosman

Thursday, 27 June 2013

Memori Kem Tahunan PALAPES Darat

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t & salam ukhwah.


Coretan pada kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya dan skuad Kala Rimba mengenai Kem Tahunan PALAPES yang telah kami sertai pada 17 Januari 2013 hingga 3 Februari 2013. Sejujurnya, bermula daripada kem inilah ukhwah yang terjalin antara kami semakin akrab kerana sebelum ini kami tidak berapa mengenali antara satu sama lain terutamanya dengan skuad kami yang berada di USM Kejuruteraan. Kami hanya dapat bertemu dengan mereka pada waktu Latihan Tempatan sahaja. Disebabkan kekangan waktu dan keadaan inilah yang menyebabkan kami tidak begitu akrab sehinggalah kami terlibat dengan Kem Tahunan ini.


Penglibatan kami dalam kem ini sesungguhnya menuntut semangat kerja berpasukan dan kerjasama yang begitu tinggi antara satu sama lain. Kami saling memerlukan antara satu sama lain kerana setiap perkara yang kami lakukan perlu ditanggung bersama dan itu adalah menjadi adat dan kebiasaan dalam tentera. Walau apa jua perkara yang dilakukan tidak kira sama ada perkara itu baik atau tidak, kami perlu tanggung perkara itu bersama-sama. Sebagai kadet junior, memang banyak dugaan yang kami perlu tempuhi sebab banyak lagi yang kami masih tidak tahu dan banyak perkara lagi yang kami perlu pelajari. Maklumlah nama pun juniorkan. Kehidupan kami sebagai junior adakalanya sangat menggembirakan, adakalanya sangat menyeksakan, memenatkan dan memeningkan. Maksud memeningkan di sini, kadang kala kami tidak tahu arahan siapa dan arahan yang mana perlu kami patuhi sebab kadang kala berlaku percanggahan dengan arahan yang dikeluarkan. Namun, semuanya terkawal sebab kami mempunyai seorang IC Skuad yang sangat berdedikasi untuk mengatasi masalah tersebut. IC Skuad kami ialah Abi Zarrin. :D Walaupun kadang-kadang dia agak tegas dalam tindakan, tapi dia sebanarnya sangat baik.

Sepanjang kem ini berlangsung, tugas kami sebagai junior adalah bertindak sebagai anggota fatigue kepada kadet inter dan kadet senior. Banyak jugalah tugas yang perlu kami jalankan antaranya menjadi anggota fatigue mess, set up tempat untuk kadet inter dan senior untuk menjalani ujian baca peta dan lain-lain lagilah. Senang cerita kerja kami adalah membantu mereka. Walau bagaimanapun, kami bukan sekadar membantu membuta tuli tetapi sedikit sebanyak kami memperoleh ilmu daripada pengalaman inter dan senior kami sebagai persediaan kami pada masa hadapan. Maklumlah sidang depan nanti kami bakal menjadi inter. Heeee. :D 

Kem Tahunan ini mempunyai 2 Fasa iaitu Fasa Kem dan Fasa Medan. Fasa Kem hanya dijalankan di kawasan USM manakala Fasa Medan pula kami bergerak ke kawasan berasingan dan dipecahkan mengikut peringkat masing-masing. Kadet Junior telah menjalankan aktiviti di Bukit Hijau, kadet inter melakukan mara dan kadet senior akan menggali kubu. Usai Fasa Kem, kami pun bergerak ke kawasan latihan. Sepanjang berada di hutan, semangat berpasukan adalah aspek yang amat penting bagi melicinkan  pentadbiran sesebuah seksyen. Kami perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh jurulatih kami melalui ketua platun. Ketua platun adalah orang yang bertindak untuk memberikan arahan kepada kami dan memastikan segala pergerakan kami sentiasa terkawal.

Pelbagai pengalaman yang tidak pernah kami lalui telah kami alami sepanjang latihan ini berlangsung. Daripada serang hendap kenderaan sehinggalah melakukan serangan khemah musuh adalah perkara yang tidak mungkin kami rasai sekiranya kami tidak terlibat dengan PALAPES. Segala pengisian ilmu yang telah dicurahkan oleh jurulatih kami mengajar kami bagaimana merasai kehidupan sebenar sebagai seorang pejuang yang berusaha untuk memperjuangkan tanah air agar terus bebas daripada penjajahan asing. Mungkin ada sesetengah pihak yang memandang enteng akan tugas seorang perajurit, namun sekiranya mereka berada di tempat para pejuang tersebut barulah mereka faham erti sebenar perjuangan kerana bukan mudah untuk menjadi seorang pejuang. Seluruh jiwa dan raga perlu dikorbankan. Kekuatan mental dan fizikal turut menguji kesabaran mereka bagi menjadi seorang pejuang. Kita tidak akan pernah merasa " derita " di sebalik keamanan yang kita alami pada hari ini. 

Sesungguhnya, kem tahunan ini telah banyak mengajar kami erti sebuah pengorbanan, semangat kerja berpasukan dan bagaimana untuk melatih diri kita agar menjadi seorang yang begitu kuat dan tabah apabila kita berada di bawah. Kehidupan sebagai kadet junior sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi kerana di sinilah kami belajar menjadi orang yang dipandang rendah oleh orang atasan supaya kami tidak pernah lupa akan asal usul dan kedudukan kami setelah kami berjaya. Satu pesanan Kapten Johan iaitu ketua jurulatih kami yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga hari ini adalah " Setinggi mana pun kedudukan kita, kau kena ingat kadet jangan sekali-kali kau lupa jasa orang tua kau, jangan sekali-kali kau lupa jasa jurulatih-jurulatih yang mendidik kau. " Allahu. Saat diri merasa sangat lemah ketika itu, *yela mahunya tak lemah, penat segala bagai sebab macam-macam kami kena..huhu..tapi apabila dengar kata-kata dan nasihat daripada beliau sungguh diri ini bersemangat semula untuk meneruskan perjuangan menamatkan kem pada masa tu. 

Alhamdulillah, setelah perit jerih, penat lelah, pahit manis selama dua minggu yang kami tempuhi, akhirnya kami berjaya menamatkan kem tahunan PALAPES sebagai anggota kadet junior. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah mempermudahkan segala urusan kami. Sesungguhnya hanya pada-Mu kami meletakkan sepenuh pengharapan ya Rabb. 

Saya sertakan beberapa foto kenangan sepanjang kami menyertai kem tahunan. Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi ini jelah yang ada dalam simpanan. Gambar yang lain ada pada skuad saya : 


Fatigue Mess.

A part of my squad.

Fatigue Mess.

Musketry.

Preparation for Fasa Medan.

Our Big Family Members.

Briefing from our couch.

Guys from USM Kejuruteraan.

Juniors representative for explorace. 

Briefing from our IC Squad.

Take turn to check our M16.

Kala Rimba Guys Cadet.


" Gold is good in it's place, but living, brave, patriotic man are better than gold."
- Abraham Lincoln-




Love,
Qusyaimah Rosman



Memori Semester I

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t & salam ukhwah fillah.



Pada keheningan malam yang sunyi *pagi dah sebenarnya, tiba-tiba jari jemari ni rasa macam nak tulis sesuatu. Heeee. Rasa excited jugalah nak menulis sebab this is for the first time I'm updating my blog. :D Niat di hati memang sangat banyak yang nak ditulis tapi malam ni saya terpanggil untuk menulis kisah hidup saya selama berada di USM sepanjang semester 1 saya di sana. Dah nak masuk semester 3 baru nak tulis kenangan semester 1 sebab sebelum ni cuma dengar je orang bercerita mengenai blog tapi tak pernah terfikir nak ada blog. Hehehe. 



Alhamdulillah, 1 September 2012 merupakan tarikh keramat yang mengubah statusku kepada pelajar USM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan dengan Kepujian. Perasaan masa tu bercampur baur, gembira ada, sedih ada, terharu pun ada. Masa mula-mula menjejakkan kaki di USM memang rasa agak janggal la sebab itulah kali pertama berjauhan dengan keluarga. Dulu masa sekolah pernah juga merayu-rayu dekat papa nak duduk asrama tapi papa bantah dengan sekeras-kerasnya atas alasan I'm the only daughter in my family. Huuuu. Masa mama & papa nak balik, rasa macam nak ikut balik Johor semula je sebab sayu sangat hati nak berpisah masa tu. Jauh kot nak kena tinggal walaupun Johor dengan Penang tu masih dalam satu negara tapi makan masa lebih kurang 10 jam untuk sampai. 



Sebelum masuk USM, masa lebih kurang dalam seminggu lagi nak berangkat ke Penang, dalam fikiran ni memang bercelarulah fikir tentang kehidupan di sana. Antara persoalan yang berlegar-legar dalam kotak pemikiran ni ialah 


1. Siapalah yang akan jadi roomate aku nanti?

2. Roomate aku tu ok ke tak nanti?
3. Macam manalah aku nak survive dekat sana nanti?
4. Agak-agak aku nangis tak kena tinggal nanti?
5. Siapalah nak teman aku balik kampung nanti?


Heeee. Banyaknya nanti, tapi itulah antara persoalan yang selalu saya fikirkan. So, for the first day menjejakkan kaki ke USM alhamdulillah Allah telah pertemukan dengan roomate yang sangat baik dan sangat mengambil berat. Nak tahu nama dia? Orangnya ialah Cik Nurul Nadia Binti Zakaria. Kami duduk sebilik selama satu semester. Walaupun tak banyak sangat interaksi antara kami *mungkin sebab saya tak banyak cakap membuatkan kami hanya bercakap dan bergurau senda bila perlu. Heeeee. 



Sepanjang kami bersama, hampir setiap aktiviti yang dilakukan juga kami akan lakukan bersama-sama. Orang tua-tua kata macam belangkaslah, di mana ada dia, di situlah ada saya. Sampaikan kokurikulum yang dipilih juga saya pilih sama dengan dia. So, kalau timbul persoalan macam mana saya boleh masuk PALAPES, jawapannya cukup mudah sebab saya akan jawab " sebenarnya saya ikut kawan." Heeeee. Nadia ni sangatlah prihatin orangnya. Pernah masa tu dia pulang ke kampung dan tinggalkan saya keseorangan di bilik. Huhu. Masa dia balik dari kampung dia belikan saya KFC sebab sebelum tu dia ada call saya tanya saya dah makan ke belum. Bab makan dia memang sangat ambil berat sebab dia tahu saya ada gastrik. 



Syukur Alhamdulillah sebab sepanjang satu sem di USM segalanya berjalan dengan lancar. Rakan-rakan terutamanya family PALAPES sangatlah mengambil berat antara satu sama lain. Rakan-rakan daripada jurusan yang sama juga sangat sporting. Pensyarah-pensyarah pun semuanya baik-baik dan berdedikasi belaka. Kalau niat kita ikhlas untuk menuntut ilmu kerana Allah, in shaa Allah segalanya akan dipermudahkan. Saya sangat aktif jugalah sepanjang sem 1 ni. Selain terlibat dengan PALAPES, saya juga merupakan salah seorang MPDIK yang memegang portfolio Akedemik dan Pembangunan Siswa. Sejujurnya, banyak aktiviti MPD yang tidak dapat saya sertai disebabkan memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti PALAPES sebab kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh MPD akan bertembung dengan Latihan Tempatan PALAPES. Namun, bersyukur sangat sebab keluarga MPD sangatlah memahami sekiranya saya tidak dapat menyertai mereka. Jauh di sudut hati, ada juga perasaan bersalah tapi cekalkan juga hati ni untuk terus lakukan yang terbaik untuk kedua-dua tanggungjawab dan amanah yang diberikan. In shaa Allah. 



Finally, 3 Februari 2013 merupakan tanggal berakhirnya semester 1 di USM. Sebenarnya 17 Januari dah berakhir dah sem 1 tetapi memandangkan saya terlibat dengan kem tahunan PALAPES selama 2 minggu jadi terpaksalah menangguhkan tarikh untuk pulang bercuti. Terseksa rasanya sebab selama 1 sem tu sekali pun tak pernah balik rumah. :'( Namun, Allah adalah perancang yang terbaik. Walaupun terseksa rasa hati tak dapat bertemu dengan keluarga selama satu sem tapi Allah gantikan dengan kenangan yang cukup manis sebab dapat bersama-sama dengan keluarga PALAPES melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kadet. Syukran Allah.


Okey, di sini ada beberapa foto kenangan sepanjang sem 1 saya di USM : 



This is my roomate, Ms. Nadia .


Dalam dewan kuliah.


With my beloved roomate, Ms. Nadia


Sebahagian keluarga PALAPES.


We are besties.


Sebahagian besar keluarga PALAPES.
My Humanities Friends.


A part of MPDIK Family Members.


My WUS Group Members. 

" We didn't realize we were making memories, we just knew we were having fun "




Love,
Qusyaimah Rosman










Friday, 14 June 2013

Tinta Pertama





Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpahan kasih-Nya dapat juga saya membina blog ini. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada sahabat saya Tn. Muhamad Nazri Bin Abdul Karim kerana beliau telah banyak membantu dalam pembikinan blog ini. Tanpa bantuan daripada beliau, sudah pasti hasrat saya untuk mempunyai blog sendiri tidak akan tercapai sehingga hari ini.


In shaa Allah, segala entri akan saya update dari semasa ke semasa mengikut kelapangan waktu dan sudah semestinya segala entri yang tercoret dalam setiap lembaran blog ini mempunyai kisah yang tersendiri di samping dapat memberikan sedikit input dan manfaat kepada khalayak pembaca. 



" Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanyalah yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat nanti. "
[ Ali Bin Abi Talib ]






 Love,
Qusyaimah Rosman