Thursday, 27 June 2013

Memori Kem Tahunan PALAPES Darat

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t & salam ukhwah.


Coretan pada kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya dan skuad Kala Rimba mengenai Kem Tahunan PALAPES yang telah kami sertai pada 17 Januari 2013 hingga 3 Februari 2013. Sejujurnya, bermula daripada kem inilah ukhwah yang terjalin antara kami semakin akrab kerana sebelum ini kami tidak berapa mengenali antara satu sama lain terutamanya dengan skuad kami yang berada di USM Kejuruteraan. Kami hanya dapat bertemu dengan mereka pada waktu Latihan Tempatan sahaja. Disebabkan kekangan waktu dan keadaan inilah yang menyebabkan kami tidak begitu akrab sehinggalah kami terlibat dengan Kem Tahunan ini.


Penglibatan kami dalam kem ini sesungguhnya menuntut semangat kerja berpasukan dan kerjasama yang begitu tinggi antara satu sama lain. Kami saling memerlukan antara satu sama lain kerana setiap perkara yang kami lakukan perlu ditanggung bersama dan itu adalah menjadi adat dan kebiasaan dalam tentera. Walau apa jua perkara yang dilakukan tidak kira sama ada perkara itu baik atau tidak, kami perlu tanggung perkara itu bersama-sama. Sebagai kadet junior, memang banyak dugaan yang kami perlu tempuhi sebab banyak lagi yang kami masih tidak tahu dan banyak perkara lagi yang kami perlu pelajari. Maklumlah nama pun juniorkan. Kehidupan kami sebagai junior adakalanya sangat menggembirakan, adakalanya sangat menyeksakan, memenatkan dan memeningkan. Maksud memeningkan di sini, kadang kala kami tidak tahu arahan siapa dan arahan yang mana perlu kami patuhi sebab kadang kala berlaku percanggahan dengan arahan yang dikeluarkan. Namun, semuanya terkawal sebab kami mempunyai seorang IC Skuad yang sangat berdedikasi untuk mengatasi masalah tersebut. IC Skuad kami ialah Abi Zarrin. :D Walaupun kadang-kadang dia agak tegas dalam tindakan, tapi dia sebanarnya sangat baik.

Sepanjang kem ini berlangsung, tugas kami sebagai junior adalah bertindak sebagai anggota fatigue kepada kadet inter dan kadet senior. Banyak jugalah tugas yang perlu kami jalankan antaranya menjadi anggota fatigue mess, set up tempat untuk kadet inter dan senior untuk menjalani ujian baca peta dan lain-lain lagilah. Senang cerita kerja kami adalah membantu mereka. Walau bagaimanapun, kami bukan sekadar membantu membuta tuli tetapi sedikit sebanyak kami memperoleh ilmu daripada pengalaman inter dan senior kami sebagai persediaan kami pada masa hadapan. Maklumlah sidang depan nanti kami bakal menjadi inter. Heeee. :D 

Kem Tahunan ini mempunyai 2 Fasa iaitu Fasa Kem dan Fasa Medan. Fasa Kem hanya dijalankan di kawasan USM manakala Fasa Medan pula kami bergerak ke kawasan berasingan dan dipecahkan mengikut peringkat masing-masing. Kadet Junior telah menjalankan aktiviti di Bukit Hijau, kadet inter melakukan mara dan kadet senior akan menggali kubu. Usai Fasa Kem, kami pun bergerak ke kawasan latihan. Sepanjang berada di hutan, semangat berpasukan adalah aspek yang amat penting bagi melicinkan  pentadbiran sesebuah seksyen. Kami perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh jurulatih kami melalui ketua platun. Ketua platun adalah orang yang bertindak untuk memberikan arahan kepada kami dan memastikan segala pergerakan kami sentiasa terkawal.

Pelbagai pengalaman yang tidak pernah kami lalui telah kami alami sepanjang latihan ini berlangsung. Daripada serang hendap kenderaan sehinggalah melakukan serangan khemah musuh adalah perkara yang tidak mungkin kami rasai sekiranya kami tidak terlibat dengan PALAPES. Segala pengisian ilmu yang telah dicurahkan oleh jurulatih kami mengajar kami bagaimana merasai kehidupan sebenar sebagai seorang pejuang yang berusaha untuk memperjuangkan tanah air agar terus bebas daripada penjajahan asing. Mungkin ada sesetengah pihak yang memandang enteng akan tugas seorang perajurit, namun sekiranya mereka berada di tempat para pejuang tersebut barulah mereka faham erti sebenar perjuangan kerana bukan mudah untuk menjadi seorang pejuang. Seluruh jiwa dan raga perlu dikorbankan. Kekuatan mental dan fizikal turut menguji kesabaran mereka bagi menjadi seorang pejuang. Kita tidak akan pernah merasa " derita " di sebalik keamanan yang kita alami pada hari ini. 

Sesungguhnya, kem tahunan ini telah banyak mengajar kami erti sebuah pengorbanan, semangat kerja berpasukan dan bagaimana untuk melatih diri kita agar menjadi seorang yang begitu kuat dan tabah apabila kita berada di bawah. Kehidupan sebagai kadet junior sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi kerana di sinilah kami belajar menjadi orang yang dipandang rendah oleh orang atasan supaya kami tidak pernah lupa akan asal usul dan kedudukan kami setelah kami berjaya. Satu pesanan Kapten Johan iaitu ketua jurulatih kami yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga hari ini adalah " Setinggi mana pun kedudukan kita, kau kena ingat kadet jangan sekali-kali kau lupa jasa orang tua kau, jangan sekali-kali kau lupa jasa jurulatih-jurulatih yang mendidik kau. " Allahu. Saat diri merasa sangat lemah ketika itu, *yela mahunya tak lemah, penat segala bagai sebab macam-macam kami kena..huhu..tapi apabila dengar kata-kata dan nasihat daripada beliau sungguh diri ini bersemangat semula untuk meneruskan perjuangan menamatkan kem pada masa tu. 

Alhamdulillah, setelah perit jerih, penat lelah, pahit manis selama dua minggu yang kami tempuhi, akhirnya kami berjaya menamatkan kem tahunan PALAPES sebagai anggota kadet junior. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah mempermudahkan segala urusan kami. Sesungguhnya hanya pada-Mu kami meletakkan sepenuh pengharapan ya Rabb. 

Saya sertakan beberapa foto kenangan sepanjang kami menyertai kem tahunan. Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi ini jelah yang ada dalam simpanan. Gambar yang lain ada pada skuad saya : 


Fatigue Mess.

A part of my squad.

Fatigue Mess.

Musketry.

Preparation for Fasa Medan.

Our Big Family Members.

Briefing from our couch.

Guys from USM Kejuruteraan.

Juniors representative for explorace. 

Briefing from our IC Squad.

Take turn to check our M16.

Kala Rimba Guys Cadet.


" Gold is good in it's place, but living, brave, patriotic man are better than gold."
- Abraham Lincoln-




Love,
Qusyaimah Rosman



No comments:

Post a Comment