Assalamu'alaikum wbt dan selamat pagi.
Siapa wanita?
Wanita, yang saya tahu melalui pengalaman, penglihatan dan pemerhatian ialah manusia yang lemah lembut dalam tutur katanya tetapi mampu menundukkan. Mampu sahaja mata mereka menzahirkan beban yang tertanggung jauh di dasar hati tetapi mampu juga dengan rapi mereka mengukir senyuman, melindungi hati dan jiwa yang bergolak. Mungkin juga air mata itu senjata, namun bukan mudah ia mengalir melainkan saat diri benar-benar tidak punya kekuatan. Mereka juga mungkin tidak sekuat kudrat yang dinamakan adam tetapi ketabahan, kecekalan dan kekentalan semangat mereka kadang kala melebihi kekuatan seorang adam. Pokoknya, wanita itu sering dianggap lemah. Jika diteliti dengan hati, mereka sebenarnya kaum yang teramat tabah dan sungguh kaya dengan kasih sayang. Aku mengatakan begini, bukan kerana aku dalam kalangan mereka, tetapi aku mengatakan begini kerana aku dapat merasai kasih sayang itu saat aku bersama-sama dengan mereka dan tentu sekali apabila bersama mamaku!
Pada semua persoalan hanya mampu dijawab oleh Tuhan, pada saat itu, wajah wanita akan seirama dengan hatinya. Matanya, senyumannya, masih tidak dapat menipu apa yang terpancar dan tersimpan di lubuk hatinya. Pada saat itu juga, mungkin wanita tidak mampu menjadi penyebar semangat hidup dan mungkin juga tidak mampu lagi untuk memeram bahagia. Hanya kepada Tuhan sahaja tempat sebaik-baik pengaduan.
Teman saya, seorang wanita yang patah hatinya. Bait-bait kata yang diukir menggetarkan hati-hati yang sememangnya sedang parah, "Saya reda...Allah tidak akan mengkhianati hamba-Nya, cuma hamba-Nya yang sering mengkhianati Allah dengan memutuskan harapan." Tersirat namun, terkandung pengajaran untuk direnung.
Lalu, pada masa itu manik-manik jernih mula bertakung di kolam matanya yang bundar. Mungkin terlalu lama dia menahan tangis yang amat dalam. Akhirnya, mutiara jernih itu tumpas lalu mengalir di wajahnya yang sarat dengan kekecewaan. Walaupun kadang kala, saat dia sendiri dan mengalirkan air mata, citranya sebagai wanita tetapi baik tetap tidak akan berubah walau seketika, kerana tangisan adalah senjata akhir wanita yang patah hatinya, berkecai jiwanya dan remuk perasaannya.
Untuk sahabatku yang patah hatinya, yang bergolak jiwanya, teruskan perjuanganmu menjadi seorang wanita yang cekal dan tabah. Moga kamu tetap bahagia!
Dari seorang sahabat yang patah hatinya,
Dalam hidup ini, tak siapa pilih untuk dikecewakan.
Dalam hidup ini juga tak siapa pilih untuk disakiti dan dikhianati.
Kadang-kadang pengorbanan itu perlu demi kebahagiaan orang lain.
In shaa Allah, akan ada sinar kebahagiaan suatu hari ini. :')
Buat si cantik, Nurul Nadia Zakaria:
Buat si cantik, Nurul Nadia Zakaria:
Salam sayang,
Qusyaimah Rosman
No comments:
Post a Comment