Wednesday, 31 December 2014

Coretan II

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt dan selamat pagi.

Hmm. Jam menunjukkan 0327 pagi. Mata masih belum dilelapkan. Satu per satu helaian buku diselak tetapi apa yang dibaca juga tidak aku mengerti. Perjuangan dalam menuntut ilmu sememangnya bukan mudah. Perlu usaha yang istiqamah, perlu jiwa yang cekal dan perlukan impian yang besar.

Ya Allah, terangkan hati hamba-Mu ini dan lapangkanlah mindaku agar mudah aku menyerap ilmu-Mu yang luas ini ya Allah. Terima kasih kerana masih beri aku peluang untuk menggali sebanyak mungkin ilmu-Mu. Jadikan setiap langkahku menuju jalan-Mu adalah jalan yang diredai. Insyaa Allah.

Apabila duduk sendirian, tatap gambar mama, papa, Allahu, rindunya hati ini. Tak tahu nak tabahkan macam mana dah hati ini. Cuba untuk kuat, tetapi sebenarnya perlahan-lahan hati ini merintih. Mujur aku masih punya sahabat yang setia menemani di kala aku sunyi, di kala aku suka dan di kala aku berduka. Saat sendirian beginilah kadang-kadang tertumpah jua air mata yang terlalu lama dipendam. Bukan aku tidak mampu menumpahkan air mata di hadapan mereka, tetapi aku tahu, mereka juga punya masalah sendiri. Tidak perlulah aku membebani mereka dengan masalah aku mungkin hanya sekadar picisan dalam diari hidup mereka.

Moga aku terus tabah. Moga aku mampu menjadi anak yang dapat mengukir senyuman di wajah mama dan papa yang paling kurindu!


Salam kejauhan,
Qusyaimah Rosman. 


Tuesday, 30 December 2014

Wanita yang Patah Hatinya.

Bismillah.
Assalamu'alaikum wbt dan selamat pagi.

Siapa wanita?

Wanita, yang saya tahu melalui pengalaman, penglihatan dan pemerhatian ialah manusia yang lemah lembut dalam tutur katanya tetapi mampu menundukkan. Mampu sahaja mata mereka menzahirkan beban yang tertanggung jauh di dasar hati tetapi mampu juga dengan rapi mereka mengukir senyuman, melindungi hati dan jiwa yang bergolak. Mungkin juga air mata itu senjata, namun bukan mudah ia mengalir melainkan saat diri benar-benar tidak punya kekuatan. Mereka juga mungkin tidak sekuat kudrat yang dinamakan adam tetapi ketabahan, kecekalan dan kekentalan semangat mereka kadang kala melebihi kekuatan seorang adam. Pokoknya, wanita itu sering dianggap lemah. Jika diteliti dengan hati, mereka sebenarnya kaum yang teramat tabah dan sungguh kaya dengan kasih sayang. Aku mengatakan begini, bukan kerana aku dalam kalangan mereka, tetapi aku mengatakan begini kerana aku dapat merasai kasih sayang itu saat aku bersama-sama dengan mereka dan tentu sekali apabila bersama mamaku! 

          Pada semua persoalan hanya mampu dijawab oleh Tuhan, pada saat itu,  wajah wanita akan seirama dengan hatinya. Matanya, senyumannya, masih tidak dapat menipu apa yang terpancar dan tersimpan di lubuk hatinya. Pada saat itu juga, mungkin wanita tidak mampu menjadi penyebar semangat hidup dan mungkin juga tidak mampu lagi untuk memeram bahagia. Hanya kepada Tuhan sahaja tempat sebaik-baik pengaduan. 

          Teman saya, seorang wanita yang patah hatinya. Bait-bait kata yang diukir menggetarkan hati-hati yang sememangnya sedang parah, "Saya reda...Allah tidak akan mengkhianati hamba-Nya, cuma hamba-Nya yang sering mengkhianati Allah dengan memutuskan harapan." Tersirat namun, terkandung pengajaran untuk direnung. 

          Lalu, pada masa itu manik-manik jernih mula bertakung di kolam matanya yang bundar. Mungkin terlalu lama dia menahan tangis yang amat dalam. Akhirnya, mutiara jernih itu tumpas lalu mengalir di wajahnya yang sarat dengan kekecewaan. Walaupun kadang kala, saat dia sendiri dan mengalirkan air mata, citranya sebagai wanita tetapi baik tetap tidak akan berubah walau seketika, kerana tangisan adalah senjata akhir wanita yang patah hatinya, berkecai jiwanya dan remuk perasaannya. 

          Untuk sahabatku yang patah hatinya, yang bergolak jiwanya, teruskan perjuanganmu menjadi seorang wanita yang cekal dan tabah. Moga kamu tetap bahagia! 

Dari seorang sahabat yang patah hatinya, 

Dalam hidup ini, tak siapa pilih untuk dikecewakan.
Dalam hidup ini juga tak siapa pilih untuk disakiti dan dikhianati.
Kadang-kadang pengorbanan itu perlu demi kebahagiaan orang lain. 
In shaa Allah, akan ada sinar kebahagiaan suatu hari ini. :')

Buat si cantik, Nurul Nadia Zakaria:




Salam sayang,
Qusyaimah Rosman

Monday, 29 December 2014

Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan!

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt dan salam ukhuwah.

Hari ini merupakan hari pertama bermulanya peperiksaan di USM. Pelbagai rintihan daripada sahabat handai yang sudah menduduki peperiksaan pada hari ini. Ada yang muram, ada yang biasa dan ada juga yang masih mampu tersenyum walau di hati bergolak dan mungkin berperang dengan perasaan sendiri. Itu semua bergantung kepada individu untuk mempamerkan emosi dan ekspresi diri masing-masing. 

Walaupun kertas saya yang pertama akan bermula pada 5hb Jan nanti, namun bahang peperiksaan itu kian terasa. Ramai rakan yang amat tekun belajar. Masing-masing sedang berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Apabila melihat mereka belajar, diri ini juga akan terpanggil untuk sama-sama mengulang kaji pelajaran walaupun dalam masa yang sama terdapat enam cerpen yang perlu disiapkan. Allahu. Tugas sebagai seorang pelajar memang mencabar. Tambahan pula, jika kita banyak melibatkan diri dengan aktiviti universiti, pandai-pandailah kita membahagikan masa agar masa dapat digunakan dengan sepenuhnya. 

Saya turut melahirkan rasa simpati pada sahabat yang tidak dapat menduduki peperiksaan pada hari ini akibat terkandas dengan bencana banjir yang melanda semenanjung tanah air. Mungkin ini adalah ujian buat mereka dan mungkin juga sejarah yang akan tercatat dalam perjalanan hidup mereka. Walau apa pun, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Moga Allah permudahkan urusan mereka dan urusan sahabat-sahabat yang sedang menempuhi minggu peperiksaan ini. In shaa Allah. 

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat saya. Moga dapat menjawab peperiksaan dengan tenang. Moga segala ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan daripada-Nya. Moga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak. In shaa Allah. 

Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammin biklhoir. 

Ya Allah! Permudahkanlah segala urusan, janganlah Engkau persulitkannya,
sempurnakanlah dengan kebaikan. 





Salam imtihan, 
Qusyaimah Rosman

Hijrah Hati

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt dan salam subuh.

Allah, Allah. Hujanmu membasahi bumi Minden ini. Bagaimana agaknya khabar saudara-saudaraku yang masih bergelut dengan banjir? Bagaimana mereka manahan rasa sejuk yang membaluti tubuh mereka hanya dengan sehelai pakaian yang nipis? Dengan apa agaknya mereka mengisi rasa lapar? Allahu. Berikan mereka kekuatan. Berikan mereka ketabahan dalam menempuhi dugaan dan ujian yang Kau berikan. Aku hanya mampu membantu sekadarnya sahaja. Aku hanya mampu mengutus doa buat mereka di kejauhan. :'(

Aku terfikir saat aku sendirian merenung diri. Sukarnya untuk benar-benar berhijrah ke jalan-Nya. Aku sering sahaja terkandas. Aku sering sahaja terleka. Susahnya untuk menjaga satu kerajaan yang namanya hati. Hijrah hati itulah yang paling sukar sebenarnya. Walaupun kadang kala hanya sekadar niat, namun terlalu sukar untuk dilaksanakan. Allah. Jangan Kau bolak balikkan hati ini ya Allah. Aku buntu. Aku lemah. Aku lalai. Aku perlukan kekuatan-Mu.

Aku tahu. Manusia sering sahaja menilai aku. Manusia akan sering memerhatikan gerak geriku. Namun, aku masih manusia biasa yang tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa. Bahkan, mungkin aku jauh lebih lemah. Aku jauh lebih banyak melakukan kesilapan. Jauh di sudut hati, kadang kala terbit rasa cemburu pada mereka yang benar-benar istiqamah di jalan-Nya. Tapi aku?

Aku tahu. Jika aku mengadu pada manusia, hanya sakit yang aku dapat. Aku hanya mampu mencoretkan tinta isi hatiku di sini. Agar aku tahu, aku telah curahkan segalanya. Agar aku tidak lagi terluka dengan sinisnya pandangan manusia. Moga hati ini terus istiqamah mencapai reda Allah. Bantu aku ya Allah. Bantu aku. Aku amat memerlukan bantuan daripada-Mu. Aku hamba-Mu yang lemah. Lemah dan kerdil di sisi-Mu. :'(



Si Kerdil,
Qusyaimah Rosman

Friday, 26 December 2014

Bah Disember 2014

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt dan salam ukhuwah.

Hari ini, kelihatan langit di bumi Minden masih tidak jemu-jemu mencurahkan hujan dari pagi hingga ke petang. Banjir yang melanda timur semenanjung semakin teruk.
Membaca rintihan mereka di laman sosial, membuatkan hati ini turut bersedih.
Melihat rintihan mereka menyebabkan hati kecil ini juga tersentuh.
Anak kecil menangis kelaparan. Mereka menggigil kesejukan.
Orang-orang tua bertarung nyawa melawan sisa-sisa hidup.
Ibu dan ayah berusaha sekerasnya melindungi anak-anak mereka.
Bekalan elektrik terputus.
Talian perhubungan juga terganggu.
Malah, ada anak-anak di perantauan ini yang tidak tahu status keluarga mereka.
Mereka hanya mampu mengutus doa.
Mereka hanya mampu meletakkan sepenuh pengharapan hanya pada Allah azza wajalla.

Sungguh, aku memang tidak berada di tempat mereka tetapi aku juga punya keluarga di sana.
Runtun hati ini tatkala aku melihat bukan hanya nyawa manusia terkorban malah bangkai-bangkai haiwan terapung dan bergelimpangan.
Tidak dapat aku bayangkan hidup mereka saat ini.
Kesejukan yang membaluti tubuh mereka saat ini.
Kelaparan yang melemahkan mereka tika ini.

Allahu Allah, pinjamkan sedikit kekuatan buat mereka untuk mengharungi ujian-Mu ini.
Tabahkan hati mereka. Kuatkan iman mereka.
Aku percaya ya Allah, Engkau tidak pernah menurunkan ujian melebihi kemampuan hamba-Mu.
Aku tahu ya Allah, Engkau menurunkan dugaan kerana Engkau terlalu merindui rintihan hamba-Mu.
Moga kami sentiasa dalam rahmat dan kasih-Mu.



Keadaan rumah Mak Ngah di Kemaman 

Si Comel telah menemui ajalnya :'(

Keadaan dapur yang telah dimasuki air

Keadaan ruang tamu 




Salam syahdu, 
Qusyaimah Rosman

Friday, 5 December 2014

Kemas Kini Blog

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt dan salam Jumaat.

Rasanya sudah lama sangat tidak mengemas kini tempat meluahkan tinta isi hati ini. Cewah! Oleh itu, disebabkan minggu ni tak ada latihan PALAPES dan ada sedikit kelapangan walaupun hakikatnya kerja sangatlah banyak, karya tak mula menulis lagi -.-'' tetapi luangkanlah juga sedikit masa untuk blog tersayang. Weeee. =D 

Hasilnya, saya telah menukarkan tema dan lagu dalam blog ini. Tukar ala-ala tradisional sikit. Hehe. Lagu tema yang saya pilih untuk digunakan dalam blog ni bertajuk Lemak Manis nyanyian tokoh rakyat kita iaitu Roslan Madun. Saya telah jatuh hati pada lagu ini sejak menyertai Malam Apresiasi Sastera tempoh hari. Kelab Sastera, P. Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan MPD Restu telah bekerjasama untuk mengkoordinasi program ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 

Desakan masa yang menghimpit ditambah pula dengan macam-macam program yang perlu dirangka menyebabkan saya terpaksa mengutamakan perkara yang lebih utama. Hmm. Okeylah. Sampai di sini sahaja dahulu. 

Selamat berhujung minggu! 



Salam sayang,
Qusyaimah Rosman.

Monday, 10 November 2014

Moga kita bersama di Jannah-Nya.

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt.

Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia, mereka akan bertanyakan tentang sahabat mereka kepada Allah, "Ya Rabb, kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang dahulunya sewaktu di dunia selalu solat bersama kami, puasa bersama kami."

Maka Allah s.w.t berfirman, "Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang dihatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." (Hadis Riwayat Imam Ibnul Mubarak dalam kitab Az-Zuhd).

Imam Hassan al-Basri berkata, "perbanyakanlah sahabat-sahabat mukminmu kerana mereka mempunyai syfaat di hari kiamat nanti."

Imam Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis, "jika kalian tidak menemukanku nanti di syurga bersama kalian, maka bertanyalah kepada Allah tentangku: "wahai Rabb kami, Hamba-Mu si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga-Mu."

Sahabat-sahabatku, mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah. Aku berharap agar aku dapat bersamamu di syurga dan bersama reda-Nya. Aku mohon pada-Mu, kurniakanlah aku sahabat-sahabatku yang mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada syariat-Mu. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak.

Wahai sahabatku, jangan lupa bertanya tentangku nanti jika aku tiada di syurga. :'(



Salam sayang, 

Qusyaimah Rosman.


Sumber: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Tuesday, 30 September 2014

Coretan I

Bismillah.

Assalamu'alaikum dan selamat malam.

Allahu, lama sudah rasanya jari jemari ini tidak menitipkan coretan di lembaran ini. Tuntutan kerja yang tidak henti-henti ditambah dengan jadual kuliah yang padat amat membataskan diri ini untuk selalu menjengah ke halaman ini.

Hari ini sudah masuk minggu ke-4 berada di USM dan semakin hari tanggungjawab yang digalas menjadi semakin berat. Segala tanggungjawab adalah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Moga diri ini terus diberi kekuatan untuk menggalas segala amanah yang terpikul di bahu ini. Hajat doa semua. In shaa Allah.

Berbaki dua hari lagi diri ini akan terbang meninggalkan sebentar Pulau Mutiara ini untuk pulang ke negeri tumpahnya darahku iaitu Johor. Moga kepulangan diri ini dapat menambah keyakinan dan semangat baharu untuk meneruskan perjuangan yang bersisa di bumi Minden ini.

Rasanya sampai di sini sahaja dulu coretan pada malam ini sebab ada rakan minta tolong scan kertas kerja dan 'mood' untuk menulis dengan lebih lanjut telah terganggu. Hihi. Sekian, selamat malam.


Wassalam.


Salam sayang, 
Qusyaimah Rosman. 


Friday, 19 September 2014

Pesan Rindu

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt dan salam Jum'ah.

Langit kelihatan suram pada pagi yang permai ini.
Mungkin juga pada pagi ini langit dan isi bumi
seakan-akan memahami detik hati insan yang mungkin dalam kesedihan.
Mungkin juga langit yang tidak terlalu cerah ini ingin memberikan
kedinginan pada hati yang mungkin sedang hangat membara.
Walau apa pun tanggapan kita pada alam
pasti terkandung seribu satu hikmah yang tidak terjangkau dek akal.

Namun, pada pagi yang suram ini jauh di sudut hati
aku rindu pada mereka di kejauhan.
Rindu pada insan-insan yang penting buatku.
Insan-insan yang akan terus kekal dalam hati.
Sumber inspirasi di kala aku tersungkur.
Tempat berkongsi di kala aku suka dan duka.

Mama, papa redai segala usahaku.
Kadang kala anakmu terlalu lemah.
Lemah dalam meniti pencarian hidup.
Kadang kala juga jiwa anakmu ini akan tersasar.
Tersasar pada kelalaian dunia.
Justeru, aku mohon doa dan restu kalian
agar aku terus kuat berdiri di medan ini.

Angah, adik
Meskipun kakakmu jauh darimu
aku ingin kalian tahu bahawa itu hanya jarak
jarak yang takkan mungkin memisahkan kita.
Jagalah diri kalian agar jadi anak soleh
jauh dari fitnah dunia
agar tidak membenam kita
ke dasar paling hina.




Salam sayang,
Qusyaimah Rosman.


Tuesday, 16 September 2014

Perjuangan

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt.

***

"Awak tahu perjuangan itu apa?" itulah soalan pertama daripada seorang sahabat yang bertanyakan pengertian perjuangan.

Aku terkelu. Pengertian perjuangan itu berlegar-legar di ruang kepala, namun secebis aksara pun tidak bisa kuungkap melalui suaraku.

"Awak tahu tak perjuangan itu adalah sesuatu yang mengubah dunia?"

Aku mengerutkan dahi. Tidak dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan.

"Sebelum mengubah dunia, kita perlu tahu, apa itu yang dimaksudkan dengan dunia. Pernah tak awak terfikir perjuangan itu sebenarnya boleh diibaratkan seperti sebuah buku yang sarat dengan kata-kata. Segala yang terkandung dalam buku itu kita boleh ibaratkan seperti isi dunia ini. Jika awak mengubah satu sahaja huruf dalam buku itu, awak sudah pun mengubah buku itu sama ada akan menjadi lebih baik atau awak akan merosakkan keseluruhan buku itu lantas menghilangkan nilai estetika yang terkandung dalam buku itu. Oleh itu, dunia itu adalah segala yang terkandung di dalamnya dan diri kita ini sebenarnya juga adalah lambang kepada dunia."

Aku masih membisu. Fikiranku ligat berputar mencerna setiap bait kata yang diungkapkan. Ternyata makna perjuangan yang tersekat di kerongkongku dengan makna yang dia ungkapkan padaku begitu jauh terpesong. Perjuangan bagiku adalah tika aku sendirian berjalan dengan langkah yang renta, menghadap manusia yang melemparkan senyuman sinis padaku sebagai tanda aku manusia lemah dan tewas. Lalu, aku merengkuh sisa semangat yang membuak-buak dalam diri dan meletakkan sepenuh pengharapan agar suatu hari nanti tika aku kembali aku mampu mengubah persepsi mereka terhadapku dan mereka salah dalam mentafsir siapa sebenarnya aku selama ini. Sungguh jauh terpesong!

"Kadang kala saya hairan melihat mereka yang terlalu bercita-cita besar untuk mengubah persepsi manusia lain tentang diri mereka. Mereka berasakan, dengan kejayaan mereka berbuat demikian mereka sudah layak menggelar diri mereka sebagai pejuang. Mereka rasa mereka sudah berjaya mengubah dunia. Cukup sahaja, kita ubah diri kita sendiri kerana kita sendiri sebahagian daripada dunia. Saat kita mengubah diri kita sendiri, kita sudah mengubah dunia dan kita sudah mampu menjadi seorang pejuang," kata-kata yang dihamburkan padaku benar-benar menusuk tangkai hatiku. Dia seolah-olah memahami segala yang tersirat pada kotak fikiranku.

"Kita manusia biasa. Kita memang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin kita fikir apa yang kita sedang lakukan saat ini itulah yang sedang kita perjuangkan. Sebetulnya kita tersilap dalam mentafsir. Kita lebih fokus kepada perjuangan bagi mengubah pandangan manusia pada kita hingga kita lupa untuk memberikan peluang kepada diri kita sendiri untuk mengubah cara kita melihat diri kita sendiri. Mungkin saat kita sudah melihat diri kita sendiri dengan cara yang berbeza, kita sebenarnya sudah berubah kerana kita sudah lebih terbuka untuk mengakui kesilapan kita dan juga sudah mampu mencungkil kekuatan yang ada pada diri kita," leteran hikmahnya menimbulkan rasa keinsafan yang mendalam pada diriku.

"Pedulikan bagaimana manusia suci lain melihat kita kerana dalam hidup ini perkara yang utama adalah bagaimana Allah melihat dan menilai kita. Seorang manusia yang 'memajakkan' hatinya pada Allah, mereka akan tahu apa yang silap dan apa kekuatan yang ada pada diri mereka," jelas sahabatku dengan bait-bait kata yang mampu menyentuh qalbuku yang paling dalam.

Aku tertunduk. Aku berbisik sendiri dalam hatiku, perjuangan adalah bagaimana hendak menahan diri daripada berusaha mengubah cara manusia melihatku tetapi berusaha sebolehnya mengubah cara aku memandang dan mentafsir diriku sendiri. Itulah sebenar-benar perjuangan yang mampu mengubah dunia. Ya, aku tahu itu cukup sukar. Perjuangan itu jauh lebih sukar  kerana aku sedang berperang dan berjuang untuk menundukkan nafsu dan menentang keegoanku sendiri.

"Satu yang kita perlu sematkan dalam hati dalam mengharungi ranjau perjuangan ini, sekiranya diri kita bagus, kita memiliki akhlak terpuji, dunia sendiri yang akan mendatangi kita dan dunia sendiri yang akan mengubah cara pandangannya pada diri kita dan itulah kemenangan sebenar dalam perjuangan. Kita harus tahu, medan jihad, dakwah, tarbiyah ini bukan mudah. Terlalu banyak liku-liku kehidupan yang perlu kita tempuh. Namun, selagi kita yakin Allah bersama-sama dengan kita, pasti setiap langkah kita untuk mencari mardhatillah akan sentiasa dipermudahkan," ternyata butir bicaranya bisa menghembus tiupan sukma damai ke dahan hatiku yang hampir rapuh. Aku tersenyum sendiri.




Salam perjuangan,
Qusyaimah Rosman.

Sunday, 14 September 2014

Kisah Secangkir Kopi

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt dan salam ukhuwah.

Ingatan ini tersingkap pada memori lalu tentang satu kisah saya dan secangkir kopi. Ketika saya menghirup kopi yang masih panas, saya dapat merasakan bahawa kopi itu sedikit pahit. Meskipun kopi itu merasa sedikit pahit, namun saya teruskan juga untuk menghirup kopi tersebut. Seketika kopi itu tinggal separuh, barulah saya perasan bahawa saya terlupa untuk mengacau kopi tersebut bersama susunya. Apabila kopi tersebut saya kacau, kopi yang tinggal separuh itu terasa tersangat manis hingga saya tidak mampu untuk menghirup kopi tersebut. 

Lantas saya terfikir, mungkin inilah yang dinamakan kehidupan. Ada waktunya yang 'manis' itu sebenarnya ada di dasar kehidupan dan kita yang perlu mencarinya. Jika kita malas mencari, perkara yang kita perolehi dalam hidup sudah semestinya perkara yang pahit sahaja. Tika waktu ketika kita teringat berkenaan yang 'manis' itu, semuanya mungkin sudah terlewat. 

Namun, kita sangat beruntung kerana Allah sentiasa ada di sisi malah Allah sangat baik pada kita kerana Dia sudah membantu kita 'membancuh' kehidupan kita dengan perkara yang pahit dan manis. Cuma apabila kita terlupa kepada Allah, pada waktu itulah kita berasa hidup ini hanya pahit semata-mata. Tika kita mula mengecapi sesuatu yang manis, kita mudah terleka hingga kita lupa Pencipta sebenar kehidupan pahit dan manis. Hidup kita ini tidak membawa apa-apa makna sekiranya hanya diselubungi perkara yang pahit-pahit atau diselimuti perkara yang manis-manis sahaja. 

Oleh itu, hargailah kehidupan ini. Hiruplah kehidupan yang penuh pahit dan manis ini dengan senyuman dan ucapan syukur kepada Allah swt. 


 Kita jelajahi syahdu dingin
bersama kabus putih
didakap kenangan

Dan kita tinggalkan
 jejak-jejak indah 
yang pasti kita ulang
atau hanya akan menjadi 
sebuah memori usang.




Salam kasih,
Qusyaimah Rosman. 

Thursday, 11 September 2014

Tersenyum.

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt dan salam kasih.

Sesekali melihat diri pada ruang yang berbeza serta sudut pandangan yang berbeza membuatkan saya tertanya-tanya, apakah sepatutnya saya berada di ruang ini pada masa lalu?

Ya, lambat dan cepatnya setiap detik waktu yang berlalu itu senantiasa memberikan misteri kepada setiap manusia. Sentiasa memberikan pernyataan, "mengapa dahulu aku tidak begitu?" ataupun "mengapa aku tidak buat sahaja itu dahulu?"

Jawapan untuk setiap persoalan yang berasaskan pada lambat dan cepatnya waktu, tidak semudah melemparkan senyuman kepada orang-orang yang kita sayang. Sukarnya adalah seperti sukarnya menahan diri daripada mengalirkan air mata di saat orang yang kita sayang berlalu pergi meninggalkan kita tanpa kerelaan kita.

Lalu, kita membawa diri kembali kepada had yang perlu kita tahu sahaja kerana pemikiran manusia tidak pernah sekali-kali dapat menjangkaui rahsia Allah. Allah punyai rencana yang sememangnya jauh lebih baik untuk hamba-Nya.

Sekiranya kita yakin akan rencana Allah untuk kita, kita pasti akan bersyukur dengan segala kurniaan dan nikmat-Nya hatta tatkala Allah sedang menguji kita. Namun, sebelum segala sesuatu ketentuan Allah rencanakan untuk kita, kita sudah berusaha sedaya upaya dan percayalah apa pun hasilnya sama ada baik atau buruk, dan tekad dalam hati telah menetapkan bahawa "ini adalah perancangan Allah untukku," kita akan tetap tersenyum walaupun orang yang kita sayang meninggalkan kita.




Salam sayang,
Qusyaimah Rosman.

Monday, 14 July 2014

Penghargaan Buatmu Sahabat.

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, mendapat perkhabaran gembira apabila karya saya "Detik-detik Terakhir Ramadan" telah disiarkan di Laman Persatuan Mahasiswa Islam USM. Perkara yang paling menyentuh hati saya kerana ada antara rakan-rakan yang tersentuh dengan penulisan saya. Moga penulisan saya dapat memberikan manfaat kepada khalayak pembaca. Mudah-mudahan penulisan tersebut dapat menjadi saham syurga saya di akhirat kelak, in shaa Allah.

Antara sahabat yang mengucapkan tahniah, saya amat tersentuh dengan satu mesej yang saya terima daripada seorang sahabat yang saya kagumi dalam diam iaitu Abdul Halim bin Abdul Rahman. Meski pun dia merupakan junior saya, tetapi kata-kata yang lahir daripada tutur bicaranya cukup penuh dengan hikmatnya yang tersendiri. Mesej yang saya terima daripada beliau adalah seperti ini,

"Saya doakan awak jadi penulis hebat macam Fatimah Syarha yang karyanya merubah ummah. Alhamdulillah." 

dan kata-kata dia yang terus menusuk ke hati,

"Ingat tak dulu saya cakap masa saya Form 6 saya doa agar Allah tempatkan saya kat tempat terbaik dengan orang yang terbaik. Awak salah sorang yang terbaik Allah hantar kat saya."

Allahu, menitis air mata saya saat membaca mesej yang saya terima daripada dia. Begitu tinggi sekali penghargaan yang dia letakkan pada saya. Sungguh, tidak layak rasanya diri ini untuk terima pujian setinggi itu. Masih terlalu banyak kekurangan yang perlu saya perbaiki, masih terlalu banyak kelemahan yang perlu saya selami. Moga Allah mempermudahkan jalan hidup dia di medan dakwah ini. Moga Allah sentiasa lindungi dia dan terus diberikan kekuatan untuk berjihad di medan dakwah. Moga kata-kata taujihat yang dia tembakkan pada insan-insan yang dahagakan ilmu Allah akan terus menusuk menyentuh qalbu insan-insan yang ditarbiyahkan. Terima kasih sahabat.

Tika mutiara jernih mula mengering, muncul seorang lagi sahabat yang amat saya kasihi memberikan kata-kata semangat yang membuatkan kolam mata ini berair kembali. Dialah sahabat yang sentiasa ada dengan saya saat jatuhnya saya apatah tika saya sedang bangkit menongkah arus hidup. Satu pesanan dia yang meresap terus ke qalbu,

"Even kita dah tak rapat nanti, saya dah tak da depan awak nanti, saya nak awak tahu awaklah anugerah terindah untuk saya sahabat."

Allahu. Siapa yang tak sebak? Siapa yang tidak akan mengalirkan air mata kerana masih ada insan lain yang amat menghargai diri kita. Setiap bait-bait kata yang dituturkan tidak pernah jemu untuk saya dengar. Dia banyak mengajar saya erti menghargai, nilai kasih sayang, dan yang paling saya ingat hingga saat ini betapa hebat dia mengajar saya erti kesabaran. Saya takkan pernah lupa setiap inci jasa dan pengorbanan dia untuk saya. In shaa Allah. :'( Saya sayang awak kerana Allah Nor Atikah binti Abdul Rahman.

Terima kasih Allah kerana sentiasa mengurniakan aku sahabat-sahabat yang sentiasa membimbing dan mengingatkanku ke jalan-Mu. Apabila bersahabat dengan mereka, bertambah rasa cintaku pada-Mu, apabila bersama-sama dengan mereka, bertambah rasa sayangku pada-Mu dan apabila ditarbiyah oleh mereka, bertambah rasa kagumku ke atas keagungan-Mu. Aku bersyukur ya Allah. Aku bersyukur dikurniakan sahabat seperti mereka yang menjadi wasilah antara aku dengan-Mu. Kau peliharalah sahabat-sahabatku ya Allah. Kau lindungilah mereka di bawah naungan rahmat-Mu. :')

Kalianlah sahabat-sahabatku
penyejuk bagi jiwa
senantiasa membelai saatku kecewa
padahal kalian juga dalam gelisah

kalianlah sahabat-sahabatku
hadiah indah dari syurga
penuntun saatku buta
memayungiku saat hujan dan terik mentari
dan penerang saatku kegelapan.

Terima kasih sahabat. 



Salam kasih buat sahabat,
Qusyaimah Rosman.

Wednesday, 9 July 2014

Aku Lemah di Sisi-Nya

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt.

Di saat aku merenung kembali diri ini, sesungguhnya saat dan ketika ini aku berasakan bahawa diri ini sangat lemah pada pandangan-Nya. Diri ini terlalu kerdil di sisi-Nya. Mungkin sering kali orang lain memandang diri ini terlalu kuat, terlalu hebat pada pandangan mata mereka, namun hakikatnya diri ini sering sahaja mengadu lemah di hadapan Pencipta. Adakah kita tahu bahawa kita sebenarnya sudah diuji atau belum dengan ujian yang diuji kepada orang-orang yang beriman di sisi Allah? Adakah kelemahan kita akan terserlah setelah kita diuji sehingga di luar kemampuan dan kudrat kita? Hakikatnya memang begitu, sebenarnya kita amat lemah di sisi Pencipta kita. Insan lemah yang sentiasa dahagakan rahmat dan kasih-Nya. :'(

Allah ada mengutuskan ayat cinta-Nya dalam surat al-Ankabut ayat 1-3:

Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka, sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. 

Hakikat kehidupan ini ialah kita sering diuji oleh Allah swt.

Kadang kala aku rasa aku cukup kuat untuk menghadapi badai hidup yang sering bergelora. Kadang kala aku rasa aku orang paling lemah untuk menghadapi segala taufan yang melanda. Adakah disebabkan hati aku kadang kala rapuh dan jauh daripada Pencipta aku yang satu? Ya, kadang kala diri ini terlalu jauh dan lalai akan tuntutan sebagai hamba-Nya. Sungguh, aku dalam proses belajar. Banyak perkara yang aku perlu pelajari. Aku perlukan bimbingan. Aku perlukan tarbiyah yang dapat mengingatkan aku sentiasa akan kebesaran Allah. Bukan hanya pada kebesaran tetapi juga pada azab-azab yang dapat menyedarkan aku betapa kerdilnya aku di sisi Dia. :'(

Kau tahu, aku menulis ini kerana tiada kudrat untuk aku meluahkan pada sesiapa. Aku pasti tiada siapa yang dapat mentafsir butir kata aku apatah lagi untuk mentafsir lubuk hati aku yang paling dalam. Terlalu banyak yang aku simpan. Terlalu banyak yang aku pendam. Hanya Allah yang tahu. Mungkin luaran aku nampak ceria, gembira, tersenyum, tapi saat hati aku menangis hanya Allah yang tahu. Hanya Allah kekuatan yang aku ada kerana Dia sebaik-baik tempat untuk aku bersandar. Namun aku malu. Malu kerana sering meminta-minta pada-Nya. :'( Sedang terlalu sikit yang aku beri pada-Nya. Allahu Allah. Hinanya aku pada pandangan-Mu.

Ya Allah, aku tahu Kau lebih arif tentang segala yang tersirat di hati ini. Kau lebih tahu segala yang terlintas di fikiran ini. Saat bercucuran air mata aku mengharapkan ihsan dari-Mu, tidak pernah sesekali Engkau mengecewakanku. Terlalu sakit untuk aku pendam segalanya. Aku tahu, tidak semua yang aku harapkan akan aku capai. Tidak semua yang aku inginkan akan dikabulkan. Aku perlu berpijak pada realiti kehidupan dan jauh daripada fantasi yang mempunyai pari-pari yang dapat melunaskan segala hajat dan impian.

Aku harap kelemahan ini membawa aku lebih dekat dengan-Mu. Lebih mensyukuri segala nikmat dan kurnian-Mu. :'(





Qusyaimah Rosman

Monday, 7 July 2014

Iftar with family ^^

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, I'm so happy today as I can iftar all together with my beloved family. Lagi gembira sebab lauk ketam masak lemak yang saya masak habis dimakan. Hehe. Senang hati tengok bila mama, papa, adik-adik berselera makan masakan yang saya masak. Yelahkan, bukan selalu pun dapat makan sama-sama dengan mama, papa sebab mama, papa busy kerja. Kebetulan hari ni mama masuk kerja lambat, papa pula on leave jadi dapatlah iftar sama-sama. =D

Every moment dengan family memang saya akan hargai sebab tak selalu dapat sama-sama macam ni. Kalau dah duduk jauh, memang jangan haraplah dapat makan sama-sama, gelak ketawa dengan family. Kalau ada kelapangan baru boleh balik. Itupun kalau ada, tetapi selalunya memang tak da kelapangan pun. Hujung minggu je ada latihan palapes, kalau tak da latihan, mesti akan terlibat dengan aktiviti school, kelab atau pun universiti. Mungkin sebab kekangan masa macam ni jugalah punca saya malas nak kerja masa cuti. Hahaha. Alasan sangat. =P

Kepada anda semua yang masih ada mak ayah, ada adik beradik, hargailah setiap detik bersama dengan family. Masih ramai orang diluar sana yang sangat dahagakan dan perlukan kasih sayang keluarga tapi mereka tak berpeluang untuk merasai detik-detik manis seperti yang kita rasa. Walaupun saya punya mama dan papa yang sangat busy, namun alhamdulillah, saya masih bersyukur sebab mereka sentiasa ada saat saya perlukan mereka. Sanggup datang dari Johor ke Penang masa saya nangis dalam telefon sebab terlalu rindu tak dapat nak balik Johor sem lepas semata-mata nak jumpa anak gadis kesayangan mereka. Heeee. Mengada lebih. I love u ma, pa with all my heart. :')

Memang kadang kala kita gembira tengok orang lain yang sentiasa ada dengan mak ayah, tetapi kita kena bersikap terbuka dan positif. Mak ayah kita kerja kuat, kerja susah-susah itu semua untuk siapa? Semestinya untuk kita. Untuk kesenangan dan kebahagiaan kita. Kalau kita renung kembali, berapa banyak dah duit yang mereka dah habiskan untuk besarkan kita? Boleh buat sebuah banglo mungkin. Jadi, hargai mak ayah kita. Moga Allah lindung mereka seperti mereka melindungi dan menyayangi kita sejak kecil. Amin. 

Okeylah, tak nak tulis panjang-panjang pasal mak ayah sebab hati ni mudah sangat tersentuh. Kalau benda lain tu mungkin susah sikitlah nak touched hati ni tapi kalau berkaitan mak ayah, keluarga I will be very sensitive person ever. Mesti ada orang cakap, "eleh, dapat iftar dengan family pun nak tulis ke?" Okey, u are not in my place, so you will never know my feeling. Just keep your mouth shut. Hoho. Sekian dahulu. 

Wassalam. ^^


Sebenarnya ni bukan gambar hari ni pun tapi sesaja je letak.
Heeeee ^^



Love,
Qusyaimah Rosman.

Saturday, 5 July 2014

Best Friend Till Jannah

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt.

Masuk hari ni dah 5 hari dah tak update blog. Sebenarnya banyak je benda nak luah, nak tulis, nak cerita tapi entahlah tak tahu nak mula dari mana. Kadang kala memang susah nak terjemah sesuatu benda dari hati terus ke tangan untuk ditulis apatah lagi terus ke lidah untuk dibicarakan.

Alright, where shall I start? Hmm. Maybe with this question;

"Nak masuk syurga sama-sama tak?"

Try to think about it. How many of your friends that really care about you till that he/ she really want to save you from the hell and want to guide you to Jannah? I mean really really care about you? Hmm just take a breath deeply, sit lonely and think about it.

Dalam hidup ni tak semua orang faham apa yang kita rasa selagi mereka tak pernah ada di tempat kita. Walau bagaimanapun, kita tak boleh nak salahkan mereka untuk tidak berada di tempat kita, cuma sangat tidak adil untuk kita jika orang menghukum kita tanpa mereka meletakkan diri mereka dalam posisi kita.

Sama juga dalam bersahabat, kadang kala kita rasa kita dah berikan yang terbaik untuk sahabat kita, namun masih ada antara sahabat-sahabat kita yang tidak memahami dengan sebenar-benarnya erti sahabat. Bagi saya, dalam bersahabat tidak semestinya kita perlu berkepit dengan sahabat kita 24 jam macam belangkas. Kalau betul kita sayang sahabat kita, cukup hanya kirimkan doa yang benar-benar ikhlas buat insan bernama sahabat.

Ingat, sayang macam mana kita sekali pun terhadap sahabat kita, masih ramai lagi orang diluar sana yang perlukan sahabat kita. Dalam Islam sendiri kita dituntut untuk sebarkan kasih sayang, jadi kenapa kita perlu berkecil hati dengan sahabat kita ketika mereka membahagiakan insan lain yang memerlukan mereka? Sepatutnya kita bangga mempunyai sahabat yang mampu membahagiakan dan membantu orang lain yang memerlukan mereka. Tiada istilah pilih kasih, kecil hati, iri hati jika kita benar-benar sayang akan sahabat kita kerana Allah.

Jujur, dalam hidup kita mesti akan ada seorang sahabat yang benar-benar faham kita, yang terima kita seadanya, yang boleh layan kerenah kita, yang boleh dibawa bergurau dan yang paling penting dialah orang pertama tempat kita mengadu kalau kita ada masalah meskipun masalah tu cuma sebesar kuman. Namun harus kita ingat, sahabat kita pun ada life dia sendiri. Jangan ingat dia faham kita, dia baik dengan kita, hanya kita je yang boleh ada dengan dia. Itu salah. Macam mana nak bina ukhwah kalau kita tak kenal orang lainkan?

Hmm. Renung-renungkanlah, selama ini kita berkawan untuk apa? Kalau pernah terdetik rasa cemburu, iri hati dengan sahabat kita, muhasabah kembali diri kita. Sahabat kita tak salah, tapi hati kita yang bermasalah. Hargai sahabat-sahabat yang sudi berada dengan kita masa kita susah dan senang, masa kita ketawa dan sedih sebab hanya insan yang bergelar sahabat akan terus berada dengan kita walau apa pun yang terjadi.

"Good friends are like stars, you don't always see them, but you know they're always there."



Love,
Qusyaimah Rosman.

Wednesday, 2 July 2014

You're the One!

Bismillah.

Assalamu'alaikum and morning!

Masyaa Allah, I just can't close my eyes all over the night. ==''
So,while waiting for sahur and subuh, I just open zikrullah and I just listened to one of my favourite song.
You're the one by Raef.
I just love this song cause I think the lyrics and the animation is quite cute. hehe ^^

The lyrics as per attach below:

***
I thought of this before over a million times
Who would've ever thought that it would be our time?
I just know it 'cause you're the one
It ain't a selfish love, when I'm with you
You remind me of Allah, and so I know it's true
I'll just say it, you are the one.

Won't you be my BFF and ever?
Won't you be my partner after this world?
We'll see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, 'cause you are the one for me.

I never thought that I would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
I'll just say it, 'cause you're the one
and when times are tough,
and we've got the world to see
Standing right besides you is where I want to be
I just know it, you are the one.

Won't you be my BFF and ever?
Won't you be my partner after this world?
We'll see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, 'cause you are the one for me.

I prayed about this just over a million times
Who would ever thought that I could call you mine?
I just know it, cause you're the one
and when there's gray in our hair and we've not much to do
I want to spend the rest of my day with you 
Oh don't you know it?
You're the one, you're the one
Oh you won't to be the one?


Given by someone. Thank you! ^^



Okay, just want to updated this song. Heeeee ^^. 

Salam sahur & salam subuh. :)



Love,
Qusyaimah Rosman.


Tuesday, 1 July 2014

3 Ramadan 1435H.

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt dan salam Ramadan.

Alhamdulillah, berlalu sudah hari ketiga kita berpuasa pada hari ini. Syukur ke hadrat Allah masih memberikan peluang pada kita semua untuk perbaiki amalan diri dari hari ke hari. Satu nikmat yang tidak ternilai. Alhamdulillah!

Sebenarnya tak da apa nak tulis pun. Cuma hari ni nak berkongsi kejayaan saya kerana telah berjaya memasak Asam Pedas Ikan Tenggiri. hoho. Satu kejayaan yang membanggakan sebab dah lama sangat tak masuk dapaur. Masa dekat USM memang tak cukup masa nak memasak. **alasan sangat. haha. Sebenarnya bukan tak cukup masa tapi memang tak da perkakas nak memasak kat sana. Kalau tak, boleh dah jamu kawan-kawan makan masakan Johor.

Mesti awak semua ternanti-nanti macam mana rupa masakan asam pedas Johor ni kan. Haha. Perasan lebih orang nak ternanti-nanti masakan yang tak seberapa ni. Emmmmm. Kejapppp ye.



****Taraaaaaaaaaaaa!!


Asam Pedas Tenggiri

Haaa macam tu la rupanya. Heeee. Saya ni tak pandai sangat masak pun tapi kalau suruh masak tu bolehlah sebab saya minat memasak. Yelahkan, malu je kalau anak perempuan tak pandai masak. Lagipun mama, papa semua kerja jadinya sayalah satu-satunya anak perempuan yang kena menurun skill mama memasak. Hoho. Nanti taklah malu sangat nak jumpa mak mertua. Kihkih.

Sebenarnya, memasak ni tak susah sangat pun. Bak kata kawan saya, "biasanya orang rajin masak ni masakannya tak berapa nak sedap dan yang malas masak ni masakannya bolehlah tahan sedap." Hahaha. Saya pun tak pasti saya ni dalam kategori yang mana. Kalau rajin masak dan masakannya pun sedap, itu bonus! Hoho. Memasak pun kena ada skills. Tengok air tangan juga. Ada orang jenis campak-campak je memasak tapi rasanya Masyaa Allah, sedap sangat! Ada jenis orang pula memasak punyalah tekun ikut buku resepi, tapi tak jadi juga. Heeee. Walau apa pun, sebelum masak dan sambil-sambil masak tu kenalah rajin-rajin berselawat supaya lembut hati orang-orang yang makan masakan kita tu. Kalau dah bersuami pula, biarlah suami kita tu makin sayang. Hoho. Yang ni mama pesanlah. Kita ikut jelah. Hihi.

Rasanya, sampai di sini sahajalah dulu ye. Azan Isya' pun dah bergema memanggil kita bertemu dengan Pencipta yang Esa. Marilah kita sama-sama tunaikan kewajipan. Jangan lupa tarawih dan tadabur Quran sekali ye kawan-kawan. 

Assalamu'alaikum wbt. :)


Tulus ikhlas,
Qusyaimah Rosman

Tika Ujian Menyapa.

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt.

Saat aku sedih.
Aku tulis tentang hati yang sakit, pedih dan terluka.

Saat timbul keinsafan.
Aku tulis tentang baiknya Allah, penyayangnya Allah.

Aku tahu,
Agaknya rata-rata yang memandang pasti meluat dengan sikap aku yang kerap rapuh.

Namun bagi aku,
Senang.

Tak kira berapa kali kau sedih, pedih, terluka.
Tak kira berapa kali kau jatuh tersungkur, terduduk.

Perkara utama adalah,
bagaimana kau tetap ingat Allah di sebalik ujian yang menimpa
bagaimana kau masih sujud pada Allah saat dugaan menghalang.

Bukankah mukmin yang baik itu melihat kasih sayang Tuhannya
terpancar dari hebatnya tiap dugaan dan halangan yang menyinggah?

Biar rebah namun jangan sesekali kau berubah.
Biar terbuang tapi kau tetap terus berjuang.
Ujian adalah tarbiyah dari Allah Ta'ala.
Semakin dekat kita pada-Nya,
semakin kuat ribut taufan melanda.

Usah kita resah bila diuji.
Pasti kebahagiaan bakal dimiliki.

kerana janji Allah itu pasti.

"Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan." [al-Insyirah: 6]



Salam kasih,
Qusyaimah Rosman.

Monday, 30 June 2014

Salam 1 Ramadan 1435H.

Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt dan salam Ramadan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan kurniaan rahmat-Nya dapat kita bertemu lagi dengan bulan Ramadan yang penuh barakah. Nikmat yang tidak terhingga kurniaan Allah yang Esa. 

Subhanallah, tatkala pengumuman Ramadan di kaca tv diumumkan, rasa sebak hati ni. Kenapa sebak? Sebak sebab ada antara kawan-kawan kita yang sudah tidak merasai nikmat Ramadan seperti kita dapat rasakan pada hari ini. Hargailah! Doakan kesejahteraan mereka yang telah terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Al-Fatihah!

Suasana Ramadan pada kali ini agak berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran umat Islam tentang nikmat Ramadan semakin meluas. Ramai yang mula mencari nikmat Ramadan yang mungkin selama ini mereka tidak sedar termasuklah diri ini. Alhamdulillah. Cuma agak terkilan dengan segelintir manusia yang sentiasa mencari silap orang lain. Cuba berubah ke arah kebaikan diperli, disindir tapi kalau kita masih di takuk lama pun diherdik, dihina. Hmmm.

Situasinya:

Kita terserempak dengan kawan di surau dan kita pun tegur,

"Masa terawih je ke kau datang surau?"

Masa ni pulalah kita sibuk keluarkan ayat,

"Bulan Ramadan ni lah baru penuh surau ni. Aku nak solat pun sampai tak da ruang."

Allahu Allah. Sedar tak dalam diam sebenarnya kita dah sakitkan hati orang lain yang sedang memanfaatkan bulan yang mulia ini. 

Ada juga sesetengah manusia yang acah-acah hakim mengadili tindak tanduk manusia lain,

"Bila tiba Ramadan je ke baru kau nak berubah?"

Bukan ke sepatutnya kita patut ucap Alhamdulillah bagi pihak kawan kita.
Kita mendoakan kesejahteraan dia dan doa supaya dia terus istiqamah.
Kita nak masuk syurga sama-sama dengan sahabat bukan sorang-sorang. Ye dak?

Daripada kita yang kononnya tak perlu nak tengok cermin tapi sentiasa rasa dah cukup sempurna,
rupanya diri kita ni masih di takuk lama dan tak berbuat apa-apa, lebih baik lagi mereka yang cuba perbaiki diri dan tahu hargai nikmat Ramadan. Sekurang-kurangnya mereka masih ada usaha mencari Allah. Jangan mudah menilai orang. Kita takkan pernah tahu, mungkin mereka akan jadi jauh lebih baik daripada kita. Siapa tahu, mereka tetamu Allah yang di nanti-nanti di dalam syurga yang abadi. 

Oleh itu, sama-samalah muhasabah diri pada bulan yang mulia ini. Jangan kerana kata-kata kita, kita menyebabkan orang yang sedang mencari Allah, tawar hatinya, lemah dirinya untuk terus berdiri. Berfikir sebelum bercakap, atau lebih baik diam daripada menyakiti. Kalau Ramadan ni pun mulut sibuk mengata, tangan kita pun sibuk menaip bukan-bukan untuk membahan orang lain, itu bukan masalah syaitan but it is in you. Mari kita sama-sama muhasabah.




Akhir kata, salam Ramadan 1435H. Taqabalallahu mina wa minkum. Jaga hati, jaga lidah, jaga pandangan, jaga pendengaran. =)




Sebarkan kasih sayang kerana Allah,

Qusyaimah Rosman


Sunday, 15 June 2014

Happy Father's Day Papa :)

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t.

It's 1.39 am right now and I'm still updating my blog. Am I an owl? Hihi. -_-

I thought I would like to update something 'special' for me since hati tenang je layan zikrullah di YouTube. Suara mereka, subhanallah sangat awesome.  Hmm, anyway I love writing so I will write everything here. It's all about my stories. I don't ask people to like it but I really appreciate to those who enjoy my writing and I know sometimes it's quite boring. Lalala~ =P Hope some of my entries can give some good message to others. Harap-haraplah ye. Mungkin boleh jadi saham akhirat nanti. Insyaa Allah.

What am I going to talk about for this entry? Haha. Hmm actually, I just wanna to wish Happy Father's Day to my only hero, soul, heart, love and so on and he is my papa. <3

Dear Papa With Love,

Some things will always be in style. Good solid things like honesty, trust and caring about people. It's qualities like these that keep us aware of who we are and what we can give to life. It's qualities like these, Papa, that you've taught me to value through your influence, your example and your love. It has mad me love you very much and has made me very proud to have you as my papa.

In the future, I may love a man a lot, and someday I will marry him. He'll take your responsibility to taking care of me. But, in the end I'll remind you that no matter what happens, I'll love you and you'll always be the best man I know. I promise you that I'll always be your great daughter. In shaa Allah.

I love you papa. Moga Allah jaga papa, lindung papa dunia dan akhirat. 

Terima kasih besarkan kami sehingga hari ini. Allah akan balas semuanya.
Kami tak mampu nak balas semua jasa papa sebab tak ternilai dengan apa yang papa berikan. 
Terima kasih atas segalanya. :')

"Our Lord ! Forgive me and my parents and (all) the believers on the Day and the reckoning will be established." [Surah Ibrahim 14:41]



My papa and my lil brother ^_^


**Rasa nak terbang balik Johor saat dan ketika ini juga. Haha. Tak pe, seminggu lebih je lagi. ^_^


Love,
Qusyaimah Rosman

Thursday, 12 June 2014

Tahajjud : The Strenght of Mukmin.

Bismillah.

Assalamu'alaikum.

Fuhhhh. Life has been soooo busy, -_- as I need to face my final for more 2 weeks. But still life is getting better. **Take some break to update my dearest blog. kihkih. Salam Nisfu Syaaban to all muslimin and muslimat. May Allah accepted all of our ibadah. Allahumma amin. So, tonight I think I just want to share with all about, tahajjud as the strenght of mukmin.

Pin drop silence lingers all around. Hustle and bustle has faded out. In the tranquility of twilight, all have curled up under their blankets, slipped into deep sleep.

Getting quietly out of his cozy blanket, a believer makes ablution and silently engrosses himself into a conversation with his Lord. Sun is still down, may be hours left to rise. Under the veil of night, he is immersed in prayers, long prostration, murmurings of sincere penitence. He opens up to His Merciful Lord. Imagine how delighted that heart would be at dawn, seeing his new daybreak as a purified soul!

Tahajjud is a highly favoured tradition of a Prophet SAW. It's the golden opportunity to strenghten one's faith, to meditate down your mind, and to clear off your sins. The supplications and the Quran we recite during Tahajjud help us keep our faith and grow roots of belief deeper and stay strong.

Prophet SAW use to recommend Tahajjud highly. He used to elaborate on its benefit in the life here and hereafter. In early periods of prophethood, Tahajjud was given prime importance. "and during a part of the night, pray Tahajjud beyond what is incumbent on you; maybe your Lord will raise you to a position of great glory" [17:79]. This and many Quranic verses were instructions to the Prophet SAW regarding Tahajjud.

Nothing beats Tahajjud when it comes to inner strenght to a believer. The power and potential it provides unimaginable and ineffable. Quran says that waking up from sleep in the midst of night helps to attain self control and to better recite al-Quran.

Look at this hadeeth from our Prophet SAW, "be vigilant in standing up in prayer at night for it was the practice of the pious before you. it is a means of gaining proximity to Allah Taala, an expiation for transgressions and a barrier from sins" (Tirdmizi).

For a caller to Islam, the moments of Tahajjud are a respite, and a strong rope to hold fast to. During Tahajjud, he gives his words and deeds a retrospect, shares his worries, and concerns with Allah, eases the burden on his shoulders.

Only strong willed can wake up at a moment when mind and body refuses to leave cozy cushions of comfort, wandering in the dreamland of desires. In another reporting from Thabraani, Prophet SAW says, "If one intents to offer Tahajjud, an Angel approaches him and tells: " its time up to wake up. Pray and remeber your Lord. and the satan comes and tells him, "Night is still young sleep over for some more time. If you get up now for prayer, your eyes will turn red, you will grow weak, sleeplessness will eat up your vitality. If this person follow satan he sleeps off without praying and the satan urinates in his ears."

My dear, for all this while, who were you following?







Love, 
Qusyaimah Rosman

Monday, 26 May 2014

Rahsia Cinta

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Daripada hati seorang wanita, aku menulis tinta ini untukmu yang belum kukenali. Pasti kau tertanya apakah ini titipan cinta buatmu? Jawapannya bukan. Apakah ini warkah rindu padamu? Jawapannya juga bukan. Aku sekadar mahu bertanya dan memerlukan jawapan daripadamu. Jawapan itu amat mahal dan terlalu bernilai buatku. 

Dalam dunia yang penuh warna cinta palsu, aku sebenarnya jadi lemas dan lelah kerana aku membenci setiap pertemuan pasangan kekasih yang kononnya bercinta atas nama ukhwah. Aku membenci setiap bicara yang diluah untuk melepaskan kata rindu dan cinta. Ya, aku benci! Namun aku lihat, di sana sini remaja hanya mabukkan rindu dan belaian. 

Justeru, aku mahu kepastian. Adakah engkau juga jenis itu? Biar aku tanyakan padamu satu perumpamaan. Shah Jihan mencintai Mumtaz dan membuktikan cintanya dengan membina Taj Mahal, bagaimana pula engkau mencintai dan membuktikan cintamu? 

Ramai nakhoda yang membelah samudera cinta. Ramai pengembara yang meredah belukar jiwa. Selalu ada pencinta yang mengukir tugu-tugu setia. Namun, jarang sekali mereka membiarkan wahyu berbisik pada sukma. Mereka alpa dan leka. Akhirnya, mereka karam di perairan cinta, mereka tersesat di belantara jiwa, mereka terkepung dalam api setia. Apa pandanganmu? Adakah firman Tuhan mengatasi segala? Dengan itu barulah kita akan temui bahagia? Di dunia atau di syurga?

Aku tahu, kita semua mengimpikan cinta yang tulus seperti kisah cinta Saidatina Fatimah dan Saidina Ali. Dua insan yang mencintai dalam diam dan akhirnya dipertemukan jua oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya, mereka yang mencintai dalam diam itu sedang berjihad. Berjihad menundukkan nafsu hati. Namun, di sebalik kisah cinta yang tulus murni ini, sanggupkah kita jika kisah kita berakhir seperti kisah cinta Salman al-Farisi?

Dan segala persoalan ini, adakah akan mampu kau jawab dengan jujur dan ikhlas? Mohon diberikan jawapannya.

Sekian,
Daripadaku.

Tuesday, 22 April 2014

Demi masa

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sayang.

     Subhanallah, lama jari jemari ini tidak menyentuh naskhah putih ini. Desakan kerja yang sangat banyak membataskan diri ini untuk aktif menulis di sini. Insyaa Allah, jika ada masa dan kelapangan, saya akan aktif kembali. Sebenarnya, banyak entri yang ingin ditulis. Cuma waktu ini, masa amat mencemburui diri ini. Pelbagai kisah suka dan duka terpalit dalam ruang hati yang paling dalam. Namun, sebagai hamba yang kerdil, kita kena reda qada' dan qadar Allah. 

    Kadang kala memang kita rasa tak mampu sangat nak buat semua kerja dalam satu masa, tetapi harus kita ingat Allah sentiasa ada dengan kita. Allah akan sentiasa mendengar rintihan kita. Allah Maha Melihat dan Dia mengetahui segala usaha kita. 

   Mohon sahabat sekalian mendoakan saya agar terus dicekalkan hati untuk menempuh segala ujian ini. Sesungguhnya medan perjuangan menuntut ilmu ini adalah medan jihad yang sangat dituntut syariat. Kejarlah dan timbalah sebanyak ilmu selagi nyawa masih kekal di jasad. Insyaa Allah. Maafkan segala silap dan salah saya jika ada kata-kata ataupun tingkah laku yang mungkin telah melukakan hati kalian. Sungguh, saya hanya insan biasa yang lemah dan sangat sangat banyak melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau tidak. 





Love,
Qusyaimah Rosman

Friday, 17 January 2014

Sahabat syurga.

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam mahabbah.

     Dalam hati yang berbalut rindu, fikiranku melayang jauh. Terbang ringan menyelami memori lalu bersama dia. Benar, walaupun perkenalan ini masih harum seharum bunga mawar yang segar dilitupi embun pagi, namun akarnya ibarat sudah dibajai bermusim lamanya. Indah sungguh yang dinamakan persahabatan. Persahabatan yang disandarkan hanya pada Allah semata-mata.

     Mindaku menerawang menerobos kegelapan malam yang disinari bintang dan bulan. Indah sungguh ciptaan-Nya. Tidak pernah walau sekali Dia meninggalkan kita dalam kegelapan meski kita merasakan hidup ini amat gelap dan payah sekali. Ya Rabb perkenalanku dengan dirinya banyak menyedarkanku erti keikhlasan. Dalam hati yang rapuh, dia banyak menyedarkanku erti kekuatan. Mungkinkah dia 'bidadari' dunia yang Kau titipkan buatku bagi meneruskan perjuangan di bumi-Mu sebagai khalifah yang telah Kau amanahkan untuk mentadbir sekalian alam? Sungguh, aku tidak bisa mentadbir sekalian alam ini seperti hebatnya kekasih-Mu pernah menjadi pemakmur di muka bumi ini ya Rabb.

     Keikhlasannya membuatkan aku sentiasa merenung diriku. Kekuatannya selalu membuat aku menitiskan air jernih yang sering kali menjadikan aku setabah dirinya. Kebaikannya sentiasa disimpan di dasar hati yang paling dalam. Ya Rabb, betapa ramai insan-insan kesepian yang dipinggirkan telah berjaya diberi sinar semula dengan kehadirannya. Betapa dia kasih pada mereka yang memerlukan hatta haiwan kesayangan Rasul-Mu ya Rabb. Aku kagum dengan dirinya yang sangat mulia pada pandanganku. Bisakah aku menjadi seikhlas dirinya? Bisakah aku menjadi kuat dan setabah dia?

     Ya Rabb, dengan berbekalkan memori indah bersama dirinya seorang insan yang luar biasa hebatnya yang telah Kau titipkan buatku menjadikan aku semakin kuat pada hari ini. Aku jadi berani untuk melangkah meski halangan menimpa. Aku semakin kuat saat ujian dari-Mu menguji kekuatan imanku. Ya Rabb, peliharalah dia Nor Atikah binti Abdul Rahman sahabatku yang kusayang. Lindungilah dia di bawah lembayung rahmat-Mu. Titipkan kebahagiannya dunia akhirat atas kebahagiaan yang telah dicurahkannya pada sahabat-sahabatnya. Berkatilah perhubungan ini ya Rabb. Andai ada secalit rasa yang bisa mengundang kemurkaan-Mu dan bisa menghancurkan persahabatan ini, segerakanlah ia pergi dari hati kami Ya Allah. Sesungguhnya hati ini milikmu. :'(




** Eika, maaf andai terlalu banyak kekurangan pada diri ini yang mungkin telah melukakan hati kecilmu. Terima kasih sudi menjadi sahabat saya. Wallahi, saya sayang akan persahabatan ini. Andai suatu masa nanti kita terpisah, cukuplah dengan sepotong doa yang kita titipkan dalam setiap sujud tika menghadap-Nya. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. :')


Sahabat kawan seiman
satu jalan dalam kenangan
tak pernah lepas dari ingatan
kerana Allah jadi tujuan.


Sahabatmu,
Qusyaimah Rosman.

Thursday, 16 January 2014

Terima kasih papa ^___^

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam mahabbah.

     Actually, nothing important to update on this entry. I just wanna to share how happy am I when papa give me my dreams watch. Hehe. Thanks a lot papa. As my birthday just around the corner **padahal bulan Feb nanti, and I would not be here :( as I need to go to Annual Camp, papa had give me the very cutie watch as I wishes. Hehe ^_^ Thanks a lot papa.

     Hmm..papa is never make his children feel dissappointed in whatever condition. Insyaa Allah papa, I will do my best for my future as you wish. Only Allah may pay back all your good deeds in the world and ever after. I love you too much. :')




Love,
Qusyaimah Rosman.

Monday, 13 January 2014

Salam Maulidurrasul 1435H.

Bismillah.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam Maulidurrasul 1435H.

Mari kita sama-sama menyingkap kembali betapa indahnya peribadi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sepanjang kehidupan baginda. Indahnya akhlak beliau tidak dapat kita tandingi. Terlalu besar perbezaannya antara akhlak baginda dengan kita sebagai umatnya pada hari ini. Allah, malu rasanya saat ingin bertatapan dengan baginda dalam keadaan kita seperti hari ini. :'(

BAGINDA Rasulullah s.a.w akan menampal sendiri pakaiannya yang koyak tanpa perlu menyuruh isterinya, malah Baginda juga memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk di jual.

Setiap kali Baginda balik ke rumah dan dilihatnya tiada makanan yang siap untuk dimakan, Baginda tersenyum sambil menyinsing lengan baju bagi membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah pernahmenceritakan bahawa baginda selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, Baginda akan cepat-cepat berangkat ke masjid dan segera pulang selepas bersembahyang.

Pernah pada suatu pagi Baginda pulang ke rumah dengar lapar sekali. Tetapi dilihatnya tiada makanan untuk dibuat sarapan. Makanan yang mentah pun belum ada kerana Sayidatina Aisyah belum lagi ke pasar.

Lalu Baginda bertanya “belum ada sarapan Ya Humaira?”. Humaira adalah panggilan manja untuk Sayidatina Aisyah yang bermaksud wahai yang kemerah-merahan. Sayidatina Aisyah menjawab dengan serba salah “belum ada apa-apa Ya Rasulullah”.

Mendengar jawapan Sayidatina Aisyah, Baginda pun berkata “jika begitu aku berpuasa hari ini” tanpa sedikitpun tergambar perasaan kesal di wajah Baginda.

Sebaliknya Baginda sangat marah sekiranya melihat seorang suami mengasari isterinya. Pernah diceritakan pada suatu hari Baginda melihat seorang suami memukul isterinya. Baginda lalu bertanya “mengapa engkau memukul isterimu?”.

Soalan itu di jawab oleh si suami dengan gementar “isteriku seorang yang keras kepala, walaupun telah di berikan nasihat tetapi dia masih berdegil, jadi aku pukul dia”. Sahut Baginda “Aku tidak bertanya alasanmu tetapi menanyakan kenapa engkau sanggup memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu”.

Pernah Baginda bersabda “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya”.

Sebenarnya sikap Baginda yang prihatin, sabar dan tawadhuk di dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pernah pada suatu ketika, Baginda mengimamkan solat, dilihat oleh para sahabat pergerakan Baginda dari satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Malah mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-seolah bunyi sendi Baginda Rasulullah sedang bergesel di antara satu sama lain.

Setelah selesai sembahyang, Sayidina Umar yang tidak tahan melihat Baginda lalu bertanya “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan hamba sedang menanggung penderitaan yang amat berat, adakah tuan hamba sedang sakit?”.

Lalu baginda menjawab “tidak Umar, Alhamdulillah aku sihat dan segar”. Umar yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut terus bertanya “kalau tuan hamba sihat, kenapa setiap kali menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi tuan hamba sedang bergeselan”.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terperanjat. Perut Baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang mengandungi batu-batu kerikil bagi menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menerbitkan bunyi setiap kali Baginda menggerakkan tubuhnya.

Para sahabat yang tadinya terperanjat terus bertanya “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba fikir bila menyatakan lapar dan tiada makanan, maka kami tidak akan membawanya”.

Lalu baginda menjawab dengan lembut “tidak para sahabatku, aku tahu apapun akan kamu korbankan dengan seorang Rasulmu, tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti kerana aku sebagai seorang pemimpin menjadi beban kepada umatnya”.

Baginda menambah “biarlah kelaparan ini menjadi hadiah Allah buatku agar umatku kelak tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak”.

Sebab itulah Baginda tidak pernah merasa malu walaupun makan di sebelah seorang tua yang miskin, kotor dan dipenuhi dengan kudis.

Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri baginda menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah langsung tidak dijadikan alasan untuk merasa lebih daripada orang lain di depan orang ramai mahupun ketika bersendirian.

Walaupun pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda tetapi Baginda masih lagi berdiri di malam-malam sepi untuk terus beribadah kepada Allah. Pernah Baginda terjatuh kerana kaki-kakinya bengkak oleh sebab terlalu lama berdiri. Fizikalnya sudah tidak mampu lagi menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Apabila ditanya oleh Sayidatina Aisyah “Ya Rasulullah, bukankah tuan hamba telah di jamin syurga. Mengapa tuan hamba masih bersusah payah sebegini?”.

Baginda menjawab dengan tenang “Ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba. Sesungguhnya aku ingin menjadi seorang hambaNya yang bersyukur”.

Allahu Allah, lihatlah betapa indahnya peribadi dan akhlak beliau. Sesungguhnya kami malu padamu ya Rasulullah. Telah banyak yang telah kami tinggalkan apatah lagi mengikuti setiap jejak langkahmu yang terlalu tertib dalam setiap rukun kehidupanmu. Kami malu ya Rasulullah. :'( 

Ya Allah, peliharalah hati dan akhlak kami agar kami dapat mengikuti setiap peribadi kekasih-Mu ya Allah. Kami dahaga cinta dan kasih-Mu ya Allah. Kami memerlukan-Mu dalam setiap nafas kami ya Allah. Lindungilah kami ya Allah. Sesungguhnya hati ini milik-Mu. Jasad ini milik-Mu. Jadikanlah kami hambamu yang bersyukur atas setiap nikmat dan rahmat-Mu. :'( 

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."  [Al-Nasai & Ibn Hibban]

Ya Rasulullah, salam buatmu duhai kekasih Allah, kami sentiasa mengingatimu wahai penghulu anbia'.

للَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍJ

Mari berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Salam Maulidurrasul 1435H.




Salam kasih,
Qusyaimah Rosman.